Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Rosyam Nor Seru Anak Muda Laung Azan Dalam Program Muazin, Juara Bakal Menangi Wang Tunai RM110,000
 Rosyam Nor Seru Anak Muda Laung Azan Dalam Program Muazin, Juara Bakal Menangi Wang Tunai RM110,000
Selebriti Semasa

Rosyam Nor Seru Anak Muda Laung Azan Dalam Program Muazin, Juara Bakal Menangi Wang Tunai RM110,000

by VOKALIS 15/07/2023 380

KUALA LUMPUR – Pengguna tegar media sosial beragama Islam diseru menyahut cabaran sertai pertandingan azan secara atas talian berjudul Muazin terbitan Suhan Channel yang menawarkan hadiah bernilai RM110,000.

Penerbitnya, Datuk Rosyam Nor berkata, inisiatif yang julung kali diadakan secara maya itu bertujuan meraikan keindahan, kesenian dan kepentingan azan selaku seruan mengerjakan solat.

“Saluran YouTube Suhan Channel berbesar hati menyemarakkan keindahan laungan azan menerusi pertandingan ini.

“Dengan ini, masyarakat berpeluang melihat peserta menggunakan kemahiran mereka dan kaedah berbeza mengalunkan azan.

“Jadi, saya mempelawa semua umat Islam yang gemar menggunakan sosial media agar menyahut cabaran ini, sekali gus menonjolkan bakat kecemerlangan azan anda,” katanya.

Menurut Rosyam, peserta boleh memilih untuk memuat naik video laungan azan di platform TikTok, Fecebook atau Instagram bermula 7 hingga 26 Julai ini.

“Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak.

“Prestasi peserta akan dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan suara, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan.

View this post on Instagram

A post shared by Adraa By Rosyam HQ (@adraabyrosyam)

“Bagi pertandingan ini, kami menawarkan hadiah bernilai RM110,000 berupa wang tunai, trofi, pakej mengerjakan umrah, hamper dan sejadah,” kata Rosyam.

https://www.tiktok.com/@alealedr/video/7255613247884217601?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7248273600506611201

Barisan panel juri Muazin terdiri daripada ustaz bertauliah dalam bidang taranum dan tajwid seperti Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad dan Ustaz Amir Rahman Abas.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.suhanchannel.com. – THE VOKAL

Sumber: HIB GLAM

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Hargai Sokongan, Rosyam Nor Mahu Hadiahkan Baucar

by VOKALIS 23/10/2023 528

KUALA LUMPUR – Seperti sedia maklum, aktor terkenal negara, Datuk Rosyam Nor telah pun

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.