THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Hargai Sokongan, Rosyam Nor Mahu Hadiahkan Baucar Bernilai RM100,000 Kepada Orang Ramai
 Hargai Sokongan, Rosyam Nor Mahu Hadiahkan Baucar Bernilai RM100,000 Kepada Orang Ramai
Selebriti Semasa

Hargai Sokongan, Rosyam Nor Mahu Hadiahkan Baucar Bernilai RM100,000 Kepada Orang Ramai

by VOKALIS 23/10/2023 508

KUALA LUMPUR – Seperti sedia maklum, aktor terkenal negara, Datuk Rosyam Nor telah pun membina empayar perniagaannya dengan mengusahakan rangkaian pasar raya di bawah jenama ST Rosyam Mart.

Memasuki tahun kelima beroperasi menerusi pembukaan tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang, Rosyam dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, sudah tiba masa dia harus membalas budi kepada para pelanggan setianya.

“Bermula 1 Oktober lalu hingga hujung Disember ini, para pelanggan ST Rosyam Mart dan Sri Ternak Food Mart yang telah mendaftar sebagai ahli menerusi aplikasi ST Card layak memenangi baucar hadiah bernilai RM100,000.

“Tetapi ada satu syarat. Mereka haruslah berbelanja dengan nilai minimum berjumlah RM200 sebulan bagi melayakkan diri menyertai peraduan ini dan ia berlangsung selama tiga bulan.

“Bagaimanapun, barangan subsidi kerajaan seperti beras, minyak masak dan lain-lain barangan yang telah diwartakan kementerian tidak akan diambil kira,” memetik kenyataannya.

View this post on Instagram

A post shared by ALE – ALE (@aleale.dr)

Tambah Rosyam, senarai nama pemenang bulanan yang berjaya mengungguli pertandingan yang dinamakan Peraduan Beli & Menang Baucar Hadiah RM100,000 akan diumumkan di akaun media sosial rasmi kedua-dua pasar raya berkenaan.

Mengulas lanjut, Rosyam menjelaskan, ada dua kategori baucar hadiah ditawarkan iaitu bagi pemenang utama dan juga pemenang saguhati untuk ketiga-tiga bulan terbabit.

Justeru, Rosyam amat mengalu-alukan penyertaan umum bagi merebut peluang keemasan memenangi baucar hadiah RM100,000 yang ditawarkannya menerusi anjuran julung kali peraduan tersebut semenjak pasar rayanya mula beroperasi pada 2018.

Orang ramai yang ingin menyemak senarai lokasi premis cawangan ST Rosyam Mart atau Sri Ternak Food Mart, boleh layari laman sesawang www.sriternak.com atau rujuk laman sosial rasmi mereka di semua platform sedia ada. – THE VOKAL


Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Rosyam Nor Seru Anak Muda Laung Azan

by VOKALIS 15/07/2023 363

KUALA LUMPUR – Pengguna tegar media sosial beragama Islam diseru menyahut cabaran sertai pertandingan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.