Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Tak Percaya Ustaz Akan Lakukan Perbuatan Itu” – Saksi Kedua, Bapa Terkejut Anak Jadi Mangsa
 “Tak Percaya Ustaz Akan Lakukan Perbuatan Itu” – Saksi Kedua, Bapa Terkejut Anak Jadi Mangsa
Semasa Sensasi

“Tak Percaya Ustaz Akan Lakukan Perbuatan Itu” – Saksi Kedua, Bapa Terkejut Anak Jadi Mangsa

by VOKALIS 24/07/2023 283

Bapa kepada seorang mangsa gangguan seksual Pencetus Ummah (PU) Azman memaklumkan kepada pihak Mahkamah Sesyen Seremban dirinya menghantar anak ke rumah pendakwah itu untuk bermalam disitu atas tujuan menimba ilmu agama.

Antara sebab dia menghantar anak ke rumah PU Azman atau nama sebenar, Azman Syah Alias kerana percaya pendakwah bebas itu mampu memberi didikan agama serta beri nasihat buat anak lelakinya.

Bahkan, mangsa berumur 17 tahun itu turut mendapat keizinan untuk bermalam di rumah Azman selepas bapa sendiri menghantar ke kediaman pendakwah itu yang terletak di Klang, Selangor.

Bapa mangsa mengetahui kelakuan jijik pendakwah itu selepas seorang guru sekolah turut mendakwa anaknya menjadi mangsa gangguan seksual Azman.

“Saya terkejut perkara ini boleh berlaku sebab tak percaya ustaz boleh buat perkara begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, saksi memberitahu anak lelakinya mengalami masalah tekanan atas perkara yang sudah berlaku terhadap dirinya dan dia turut meminta untuk menamatkan pengajian di kolej vokasional.

Sekadar info, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual secara fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari serta Julai, 2022. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa Sensasi

“Kamu Pendakwah…” – Hakim Sifatkan Tindakan Rogol

by VOKALIS 30/08/2024 200

Sebagai seorang pendakwah, kesalahan rogol yang dilakukan oleh selebriti, Da’i Syed disifatkan tidak dapat

Selebriti Semasa

Pendakwah Firdaus Wong Beritahu Mahkamah, PU Azman

by VOKALIS 27/07/2023 264

SEREMBAN – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes

Selebriti Semasa

Pertuduhan Lakukan Komunikasi Seksual Terhadap Dua Remaja

by VOKALIS 24/07/2023 473

KUALA LUMPUR – Pertuduhan melakukan komunikasi seksual dengan dua orang remaja bawah umur menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.