THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Pendakwah Firdaus Wong Beritahu Mahkamah, PU Azman Meminta Dua Remaja Lelaki Meliwatnya
 Pendakwah Firdaus Wong Beritahu Mahkamah, PU Azman Meminta Dua Remaja Lelaki Meliwatnya
Selebriti Semasa

Pendakwah Firdaus Wong Beritahu Mahkamah, PU Azman Meminta Dua Remaja Lelaki Meliwatnya

by VOKALIS 27/07/2023 246

SEREMBAN – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.

Pada hari keempat perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, beliau yang merupakan saksi ke-10 memaklumkan kepada mahkamah, perkara terbabit diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa dalam pertemuan yang diadakan di Hotel Akapela, di Shah Alam pada 27 Ogos tahun lalu.

“Seingat saya, saya ada tanya mangsa utama, adakah Cik Man ada meminta untuk diliwat dan dalam perjumpaan pertama di SACC Center 18 Ogos ketika itu dia kata tiada.

“Tapi dalam perjumpaan di Hotel Akapela, mangsa tersebut memberitahu ‘uncle saya ingat balik, saya pun ada’ selepas mangsa lain menceritakan bagaimana Cik Man meminta mangsa meliwatnya,” katanya di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Jelas Firdaus, mangsa memberitahu dia tidak menceritakan kejadian itu dalam perjumpaan pertama kerana tidak ingat disebabkan kepalanya masih sakit akibat terlibat dalam kemalangan.

Malah katanya, kedua-dua mangsa juga dilihat geram dan marah terhadap insiden berlaku serta mahukan keadilan, namun takut sekiranya orang tidak percaya apa yang diceritakan.

“Ini kerana Cik Man merupakan seorang selebriti dan sangat popular. Mereka juga bimbang jika buat laporan polis, akan di saman oleh tertuduh.

“Maka saya kongsi dengan mereka bahawa jika mahu dapatkan keadilan dan tegak kebenaran, mereka boleh buat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya. – THE VOKAL

Sumber: SINAR HARIAN

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa Sensasi

“Kamu Pendakwah…” – Hakim Sifatkan Tindakan Rogol

by VOKALIS 30/08/2024 177

Sebagai seorang pendakwah, kesalahan rogol yang dilakukan oleh selebriti, Da’i Syed disifatkan tidak dapat

Semasa Sensasi

“Tak Percaya Ustaz Akan Lakukan Perbuatan Itu”

by VOKALIS 24/07/2023 268

Bapa kepada seorang mangsa gangguan seksual Pencetus Ummah (PU) Azman memaklumkan kepada pihak Mahkamah

Selebriti Semasa

Pertuduhan Lakukan Komunikasi Seksual Terhadap Dua Remaja

by VOKALIS 24/07/2023 445

KUALA LUMPUR – Pertuduhan melakukan komunikasi seksual dengan dua orang remaja bawah umur menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.