Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Baby Shima Umum Akan Bertanding Dalam PRN – “Fikir-fikirkanlah Anak Muda, Undi Saya!”
 Baby Shima Umum Akan Bertanding Dalam PRN – “Fikir-fikirkanlah Anak Muda, Undi Saya!”
Selebriti Semasa

Baby Shima Umum Akan Bertanding Dalam PRN – “Fikir-fikirkanlah Anak Muda, Undi Saya!”

by VOKALIS 25/07/2023 306

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Baby Shima, 30, memaklumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak memaklumkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana dan di negeri mana dia akan tandingi.

Shima berkata, misinya bertanding semata-mata kerana mahu membela nasib rakyat.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Shima menegaskan dia serius dan merancang mahu bertanding sebagai calon Bebas.

“Saya memang serius mahu bertanding. Kawasan mana, saya akan umumkan nanti.

“Bagi saya, dengan sokongan yang diberikan, golongan artis sebenarnya boleh mewakili rakyat terutamanya dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.

“Saya cuma mahukan yang terbaik untuk rakyat. Kalah atau menang itu soal nombor dua. Tidak salah untuk mencuba perkara baik. Doakan saya ya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Perkongsian terbabit setakat ini mendapat lebih 6,000 tanda suka daripada pengikutnya. Malah ada yang menyokong hasratnya ini.

Untuk rekod, pembabitan artis atau selebriti dalam arena politik bukan fenomena baru di negara kita.

Mereka antaranya Aishah, Dira Abu Zahar, Herman Tino, Azwan Ali, Ahmad Idham, Datuk Eizlan Yusof dan Lando Zawawi pernah tampil sebagai calon pilihan raya sebelum ini. – THE VOKAL

Sumber: HARIAN METRO

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa Sohor

[V] “Politik Mana Ada Dalam Islam!” –

by VOKALIS 11/08/2023 360

SEREMBAN – Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang

Selebriti Semasa

Undi Awal Catat Peratusan Tinggi, Eizlan Yusof

by VOKALIS 10/08/2023 356

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini aktif dalam politik, Datuk Seri Eizlan Yusof, 52,

Selebriti Semasa

Penyanyi Rap Terkenal, Altimet Diumum Sebagai Calon

by VOKALIS 24/07/2023 354

SHAH ALAM – Penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet dinamakan sebagai calon PKR bagi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.