THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] Jurulatih Dan Pempengarauh Kecergasan Justyn Vicky Maut Setelah Beban Seberat 210KG Hempap Leher
 [V] Jurulatih Dan Pempengarauh Kecergasan Justyn Vicky Maut Setelah Beban Seberat 210KG Hempap Leher
Selebriti Semasa

[V] Jurulatih Dan Pempengarauh Kecergasan Justyn Vicky Maut Setelah Beban Seberat 210KG Hempap Leher

by VOKALIS 24/07/2023 384

BALI – Pempengaruh kesihatan di media sosial, Justyn Vicky maut selepas kecederaan yang dialami di tengkuk ketika sedang menggunakan peralatan gimnasium.

Berdasarkan sebuah video yang kini tular, mendiang yang berasal dari Bali, Indonesia sedang mengangkat barbel seberat 210 kilogram dengan bantuan seorang rakannya.

Bagaimanapun, beban itu jelas tidak dapat ditampung kedua-dua individu itu sebelum ia jatuh mengenai tengkuknya sehingga menyebabkannya rebah.

Justyn kemudiannya digegaskan ke hospital berdekatan olah rakan-rakannya, namun gagal diselamatkan ketika sedang menjalani pembedahan kecemasan.

View this post on Instagram

A post shared by ALE – ALE (@aleale.dr)

Tidak lama selepas itu, sebuah gimnasium yang berpangkalan di Bali, Indonesia, Paradise Bali mengeluarkan kenyataan bagi menyifatkan kehilangan atlet tersebut dalam dunia angkat berat.

“Justyn bukan sahaja seorang yang pakar dalam bidang kesihatan, namun dia juga dikenali sebagai seorang sumber inspirasi dan motivasi dalam kalangan pengikutnya.

“Semangat serta minatnya sering membantu orang ramai berubah. Kehilangannya pasti sukar untuk dicari galang ganti dengan kehadirannya di gim ini sukar dilupakan,” tulisnya.

Sepanjang beberapa tahun terlibat dalam sukan angkat berat, mendiang yang berusia 33 tahun memiliki lebih daripada 30,000 pengikut di Instagram. – THE VOKAL

Sumber: MAJORITI

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Serantau

Tidak Jumpa ‘Pintu Depan’ Punca aktor Lakukan

by VOKALIS 10/08/2023 379

KUALA LUMPUR – Aktor yang terkenal dengan aksi lasaknya, Rizal Djibran akui mengamalkan seks

Selebriti Serantau

Dibarisi Ramai Pelakon Handalan, Nora Danish Teruja

by VOKALIS 30/07/2023 341

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish mengakui teruja apabila berpeluang berlakon dalam filem seram

Selebriti Serantau

Berpurdah Dan Tidak Pandai Berhias Punca Virgoun

by VOKALIS 27/07/2023 281

JAKARTA – Kecoh sejak Mei lalu apabila isteri Virgoun iaitu Inara Rusli memaklumkan terpaksa

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.