Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Pertaruh Seleksi Karya Sentuhan Penerbit Bertaraf Dunia, Kelahiran Album New Classic Dolla Bagai Magis
 Pertaruh Seleksi Karya Sentuhan Penerbit Bertaraf Dunia, Kelahiran Album New Classic Dolla Bagai Magis
Selebriti Semasa

Pertaruh Seleksi Karya Sentuhan Penerbit Bertaraf Dunia, Kelahiran Album New Classic Dolla Bagai Magis

by VOKALIS 24/11/2023 454

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara yang amat dinanti-nantikan oleh keseluruhan ahli kelab iDolla apabila dikurniakan hadiah istimewa daripada Dolla.

Empat tahun memeriahkan persada seni muzik dengan hamparan kanvas seni yang penuh warna-warni, penyanyi berkumpulan wanita itu kini boleh mendabik dada sementelah melancarkan album sulung mereka yang diberi judul New Classic.

Dihasilkan oleh barisan penerbit ternama tempatan dan antarabangsa, album mengandungi tujuh buah lagu berbahasa Melayu dan Inggeris itu turut mendapat sentuhan karyawan muzik terkenal dari Korea Selatan iaitu Hyuk Shin.

Seorang anggotanya, Angel dalam sidang akhbar menjelaskan, sudah tiba waktunya untuk generasi masa kini menghasilkan karya-karya yang mampu menjadi lagu malar segar sepanjang zaman.

“Mewakili artis-artis generasi baharu, Dolla cuba menggalas tanggungjawab untuk memastikan lagu-lagu nyanyian anak-anak muda tempatan adalah karya yang bermutu tinggi, bahkan tidak lapuk ditelan zaman.


Sebab itu sejak lagu pertama kami dilancarkan hinggalah yang terkini, Dolla pasti bekerja keras demi menjamin kualiti karya nyanyian kami akan terus diminati, sekali gus memberi inspirasi kepada pendengar”.

Angel

Adik bongsu dalam keluarga Dolla pula iaitu Syasya berkata, proses menyiapkan album yang memakan masa selama hampir setahun itu diakuinya bukanlah mudah, malah sangat mencabar.

Apatah lagi menurutnya, terdapat pelbagai genre muzik yang mereka persembahkan dalam kesemua tujuh buah lagu tersebut.

“Bukan sahaja berlainan genre, konsep dan ceritanya juga berbeza-beza. Lantas semua itu membuatkan team kami sedikit lelah sepanjang proses menyempurnakannya,” ujar cucu kepada dramatis veteran, Rozie Othman itu.

Tujuh lagu yang terkandung dalam album New Classic adalah Damelo, Masa, Drip, Best Side dan Damelo versi Inggeris.

Manakala lagu utama iaitu Classic serta Boss Up merupakan terbitan Hyuk Shin yang sebelum ini sudah banyak bekerjasama dengan penyanyi ‘A-List’ dunia.

Beliau pernah berkolaborasi dengan bintang-bintang bertaraf superstar seperti Justin Bieber, Anderson Paak, Blackbear, Dean, NCT, Super Junior, TXT, Exo, Monsta X, Shinee, Girls’ Generation dan ramai lagi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Syasya Dolla Biadab, Buat Mimik Muka Dan

by VOKALIS 15/08/2023 1124

Sebelum ini tular kisah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya yang dilihat meminum arak

Selebriti Semasa

Peminat Sepanyol Jadi Ilham Dolla Untuk Lancar

by VOKALIS 04/08/2023 380

Pemenang Anugerah Kumpulan Popular ABPBH35, Dolla kini tampil dengan single terbaharu mereka berentak dan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.