Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Peminat Sepanyol Jadi Ilham Dolla Untuk Lancar Lagu Damelo, SonaOne Jadi Guru Bahasa Latin
 Peminat Sepanyol Jadi Ilham Dolla Untuk Lancar Lagu Damelo, SonaOne Jadi Guru Bahasa Latin
Selebriti Semasa

Peminat Sepanyol Jadi Ilham Dolla Untuk Lancar Lagu Damelo, SonaOne Jadi Guru Bahasa Latin

by VOKALIS 04/08/2023 394

Pemenang Anugerah Kumpulan Popular ABPBH35, Dolla kini tampil dengan single terbaharu mereka berentak dan berbahasa Latin yang diberi judul Damelo.

Dolla ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran single tersebut pada Rabu lalu berkata, kehadiran peminat dari negara Eropah itu telah memberi mereka ilham untuk menghasilkan Damelo.

“Damelo bermaksud ‘berikan kepadaku’. Lagu ini diisnpirasikan memandangkan Dolla turut mempunyai ramai peminat yang bertutur dalam bahasa Latin.

“Di Twitter, kami dapati ada beberapa status yang dimuat naik telah diterjemah kepada bahasa Latin. Rentetan itu, ia memberi kami idea untuk menghasilkan sebuah lagu yang ada ‘vibes’ Mexico,” ujar seorang anggota Dolla iaitu Tabby.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

Pada masa sama, Dolla menjelaskan, peminat mereka yang berbahasa Latin ramai yang berasal dari Brazil dan Argentina.

“Selain itu, penduduk berbangsa Latin yang tinggal di Amerika Syarikat pun ramai mengikuti Dolla.

“Lebih menarik, mereka lebih gemar mendengar versi lagu Dolla dalam bahasa Melayu berbanding yang diterjemah kepada bahasa Inggeris,” tambah anggota lain, Sabronzo.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

Menurut Sabronzo, lirik asal Damelo sebenarnya ditulis dalam bahasa Latin dan kemudiannya dialih ke bahasa Melayu dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita iaitu Sya.

Syasya pula menambah, ia diterbitkan oleh Joshua Tan atau lebih dikenali sebagai Hard Lights.

“Bagaimanapun, kami masih mengekalkan beberapa bait lirik dalam bahasa Latin sebagai penghargaan kepada penulis asal,” ujar Syasya.

Sementari itu, Angel memberitahu, Dolla terpaksa belajar menyebut bahasa Latin dengan menggunakan khidmat penyanyi rap terkenal, SonaOne.

“SonaOne bersama-sama adiknya telah mengajar kami menyebut setiap perkataan Latin dengan betul menerusi sesi latihan yang diadakan,” jelasnya.

Video muzik Damelo sudah boleh ditonton di laman YouTube rasmi Dolla Vevo bermula jam 9 malam ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Pertaruh Seleksi Karya Sentuhan Penerbit Bertaraf Dunia,

by VOKALIS 24/11/2023 475

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara yang amat dinanti-nantikan oleh keseluruhan ahli kelab iDolla apabila

Selebriti

Syasya Dolla Biadab, Buat Mimik Muka Dan

by VOKALIS 15/08/2023 1146

Sebelum ini tular kisah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya yang dilihat meminum arak

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.