Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Gunung Merapi Meletus – Angka Korban Meningkat 22 Orang, Ditemui Di Kawasan Kawah 
 Gunung Merapi Meletus – Angka Korban Meningkat 22 Orang, Ditemui Di Kawasan Kawah 
Sedunia Semasa

Gunung Merapi Meletus – Angka Korban Meningkat 22 Orang, Ditemui Di Kawasan Kawah 

by VOKALIS 06/12/2023 881

Korban tragedi Gunung Merapi di Indonesia yang meletus Ahad lalu meningkat menjadi 22 orang dan seorang lagi mangsa masih hilang. 

Difahamkan, penyelamat menemui lebih ramai pendaki yang terkorban itu berhampiran kawah gunung berapi berkenaan. 

Memetik laporan Berita Harian, Ketua agensi penyelamat Sumatera Barat berkata, jumlah kematian meningkat daripada 13 orang, hari ini.

Kira-kira 200 penyelamat akan meneruskan operasi hari ini, bagi mencari seorang lagi pendaki yang hilang.

Gunung berapi setinggi 2,891 meter (m) di Sumatera Barat meletus Ahad lalu, memuntahkan abu setinggi 3 kilometer (km) ke langit.

Merapi adalah salah satu gunung berapi paling aktif di pulau Sumatera dan kali terakhir meletus pada Januari dan Februari tahun ini.

Sejak 2011, agensi gunung berapi Indonesia dalam surat bulanan menggesa agensi pemuliharaan tempatan dan Kementerian Alam Sekitar untuk menutup kawasan dalam radius tiga kilometer dari puncak kepada pendaki.

Letusan Gunung Merapi pada Ahad lalu adalah yang paling berbahaya sejak 1979 yang membunuh 60 orang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 157

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 174

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 167

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.