Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan, Kristal Bukti Legasi Rock Tempatan Masih Bernyawa
 Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan, Kristal Bukti Legasi Rock Tempatan Masih Bernyawa
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan, Kristal Bukti Legasi Rock Tempatan Masih Bernyawa

by thevokal 02/04/2026 58

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah konsert istimewa yang bukan sahaja mengimbau kenangan, malah mencipta sejarah tersendiri apabila menghimpunkan ramai ahli lama dan baharu di atas satu pentas ikonik.

Dalam dunia muzik, tidak semua perjalanan mampu bertahan lama. Namun, bagi Kristal, kisah mereka membuktikan bahawa semangat, persahabatan dan kecintaan terhadap muzik mampu membina legasi yang kekal relevan sepanjang zaman.

Dua setengah dekad lalu, sekumpulan anak muda memulakan langkah dengan impian sederhana.

Ketika itu, mereka tidak memiliki pentas besar, sorotan lampu gemerlapan atau jaminan kejayaan. Sebaliknya, hanya muzik dan ikatan persahabatan menjadi asas kepada perjalanan mereka.

Bermula dari studio kecil dan persembahan gig bawah tanah, Kristal perlahan-lahan membina nama dalam industri muzik tempatan.

Dengan semangat yang tidak pernah pudar, mereka akhirnya muncul sebagai salah satu kumpulan rock yang meninggalkan impak tersendiri dalam landskap muzik Malaysia.

Sepanjang tempoh 25 tahun tersebut, Kristal melalui pelbagai fasa yang membentuk identiti mereka hari ini.

 

Konsert Nostalgia Satukan Semua Era

Kini selepas 25 tahun, semua kenangan tersebut bakal dihidupkan semula menerusi Konsert ‘Kristal OG – 25 Tahun Dalam Satu Malam.’

Lan Solo

Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi malam istimewa yang didedikasikan untuk mengimbau nostalgia melalui seleksi lagu yang membesar bersama peminat sejak awal penubuhan kumpulan ini.

“Konsert kali ini adalah berlainan dengan konsert Kristal sebelum ini. Kami akan ‘all out’, dengan saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam dari Album pertama sehingga album yang ke-13.

“Lagu-lagu dalam album tersebut termasuklah yang dianggotai oleh ahli lain iaitu Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Rijal dan ramai lagi anak beranak Kristal dalam album itu.

“Jadi semua ini kami akan bawakan di pentas konsert OG nanti pada 1 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur,” kata Lan, mewakili Kristal.

Konsert Kristal OG – 25 Tahun ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event sebagai penganjur acara.

 

Perjalanan Penuh Cabaran, Tetap Relevan

Signifikan 25 tahun Kristal ini adalah perjalanan seni Lan Solo Bersama Kristal dari zaman kanak-kanan sehinggalah kini, merangkumi perjalanan selama 25 tahun.

“Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami ada yang bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama saja dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.

“Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, rakan Kumpulan yang bertukar-tukar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya dan kekal relevan,” katanya lagi.

Konsert Kristal OG – 25 Tahun ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event sebagai penganjur acara.

Penghargaan turut diberikan kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures atas sokongan berterusan terhadap pembangunan industri kreatif menerusi Dana Kandungan Kreatif – Industri Muzik dan Dana Persembahan Muzik.

Peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini boleh mendapatkan tiket melalui pautan rasmi

https://blaviaofficial.com/pages/kristalog

Sementara itu menurut Khai, merancangan konsert ini bukan dalam tempoh yang singkat memandangkan sebelum ini, pihaknya kerap mengikuti konsert artis lain sebagai rakan strategik untuk belajar dan ambil pengalaman.

“Cuma tercetus idea untuk menganjurkan konsert ini apabila saya mula rapat dengan Lan dan sejak itu kami banyak berbincang.

“Lan sendiri tidak pernah buat persembahan dalam sebuah konsert besar secara solo, cuma ada bergabung dengan rakan vokalis lain. Jadi dari situ mulalah tercetus idea untuk mengadakan sebuah konsert solo bersama kumpulan ini.

“Namun ia ada kesukaran dan cabaran tersendiri. Jadi sebab itulah kami mencetuskan Konsert Kristal OG, satu jenama,” katanya. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 56

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 62

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 74

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.