Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kapal Israel Dilarang Datang Ke Malaysia
 Kapal Israel Dilarang Datang Ke Malaysia
Semasa

Kapal Israel Dilarang Datang Ke Malaysia

by VOKALIS 20/12/2023 784

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Malaysia dengan serta merta tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di negara ini. 

Katanya, kerajaan juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anwar, kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Beliau berkata kerajaan turut memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan ZIM yang berpangkalan di Israel, berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara.

Tambah Anwar, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta.

Untuk rekod katanya, kerajaan pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat itu berlabuh di Malaysia sebelum dibenarkan mendarat pada 2005.

Namun kata Anwar, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu. -THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 73

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.