Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Tidak Akan Ada Lagi Payudara Palsu – Victoria Beckham Beri Amaran Pada Anak Daranya
 Tidak Akan Ada Lagi Payudara Palsu – Victoria Beckham Beri Amaran Pada Anak Daranya
Sedunia Selebriti Semasa

Tidak Akan Ada Lagi Payudara Palsu – Victoria Beckham Beri Amaran Pada Anak Daranya

by VOKALIS 20/12/2023 840

Menyesal dengan tindakannya membuat pembedahan payudara palsu, isteri pemain bola sepak terkenal, Victoria Beckham memberi amaran kepada anak daranya agar tidak melakukan hal yang sama. 

Bekas ahli kumpulan Spice Girls itu memberi amaran kepada anak daranya Harper Beckham dan enggan ia menjadi ikutan. 

“Sejujurnya, saya menyesal melakukan pembedahan implan.

“Saya harap anak perempuan saya, Harper tidak akan melakukan perkara yang sama,” katanya kepada media dalam satu temu bual.

Disebabkan anaknya masih muda, Victoria, 49, tidak mahu berkongsi secara terbuka pengalamannya melakukan prosedur itu.

“Harper baru berusia 12 tahun dan saya belum yakin untuk berkongsi pengalaman ini kepadanya,” ujar isteri kepada bintang bola sepak, David Beckham.

Terdahulu, Victoria memutuskan untuk membuang implan payudara pada 2014 selepas melakukan pembedahan pada 2011.

Victoria bagaimanapun menafikan penyesalan itu ada kaitan dengan penyakit dan enggan menjelaskan punca utama dia mengeluarkan implan berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 34

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 41

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 54

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.