Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Cucu Penyanyi Wanita Popular Cabul Sepupu – Remaja Bawah Umur Dihadap Ke Mahkamah 
 Cucu Penyanyi Wanita Popular Cabul Sepupu – Remaja Bawah Umur Dihadap Ke Mahkamah 
Semasa Sensasi

Cucu Penyanyi Wanita Popular Cabul Sepupu – Remaja Bawah Umur Dihadap Ke Mahkamah 

by VOKALIS 22/12/2023 1039

Seorang remaja lelaki bawah umur yang juga cucu kepada penyanyi wanita popular era 70-an didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan cuba mencabul sepupu perempuannya pada Oktober lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang baru berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Sewaktu prosiding, pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup memandangkan remaja terbabit berstatus pesalah bawah umur.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dikatakan telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang seusia dengannya di sebuah kediaman beralamat di Jalan Gasing, Petaling Jaya kira-kira jam 3 pagi pada 15 Oktober lalu (2023).

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang bawah dihukum bawah seksyen 14 Akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari tahun hadapan sebagai sebutan semula kes. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 72

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 73

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 79

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.