Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Pemenang Oscar Dipercayai Bunuh Diri – Lee Sun-kyun Tinggal Nota Sebelum Keluar Rumah
 Pemenang Oscar Dipercayai Bunuh Diri – Lee Sun-kyun Tinggal Nota Sebelum Keluar Rumah
Sedunia

Pemenang Oscar Dipercayai Bunuh Diri – Lee Sun-kyun Tinggal Nota Sebelum Keluar Rumah

by VOKALIS 27/12/2023 617

Rahsia hidup seseorang itu sukar ditebak malah kemasyhuran kadang kala bukan tiket untuk menjamin bahagia dalam hidup. 

Realiti itu sangat dekat dengan kejadian membabitkan seorang pelakon yang juga pemenang Oscar Lee Sun-kyun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Seoul, Korea Selatan pada pukul 10.30 pagi tadi. 

Perkara tersebut disahkan oleh pihak polis selepas mencari pelakon Parasite itu yang dilaporkan meninggalkan rumah dengan memo memberi bayangan ingin membunuh diri.

Polis menemui mayat pemenang Oscar tersebut di tempat duduk penumpang bersama briket arang.

Bintang popular Korea Selatan berusia 48 tahun itu, sedang berdepan siasatan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Lee sebelum ini telah melalui tiga kali siasatan polis kerana disyaki menggunakan ganja dan dadah lain di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di daerah Gangnam di Seoul sejak awal tahun ini.

Pelakon itu mendakwa dia ditipu oleh pemilik rumah untuk mengambil dadah dan tidak mengetahui akan perkara itu.

Lee bagaimanapun diuji negatif dalam kedua-dua saringan yang dijalankan semasa siasatan polis. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 21

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.