Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. TRW Sudah Terkubur – Nasi Sudah Menjadi Bubur
 TRW Sudah Terkubur – Nasi Sudah Menjadi Bubur
Semasa Stadium

TRW Sudah Terkubur – Nasi Sudah Menjadi Bubur

by VOKALIS 04/01/2024 647

Dalam satu laporan media semalam, Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Nasir Sheikh Mohd Sharif mengesahkan Kelantan FC tidak akan beraksi di saingan Liga Super musim 2024-2025 selepas gagal mendapatkan lesen kebangsaan.

Kelantan Football Club

Bagaimanapun Kelantan FC diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Perlesenan Kelab MFL sebelum tarikh akhir pada 8 Januari ini sebelum pukul 5 petang.

Susulan itu, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darulnaim (Kelate.Net) menganggap tiada gunanya lagi mendesak pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham melepaskan kelab tersebut kerana masa itu sudah berlalu.

Presidennya, Mohd Nurul Md Yusoh berkata, ia sudah tidak berguna lagi kerana kerosakan terlalu teruk telah berlaku dan penyokong setia The Red Warriors (TRW) perlu menerima hakikat bahawa pasukan itu sudah boleh dianggap terkubur.

Menurutnya, mungkin Kelantan seperti masih diberikan ‘talian hayat terakhir’ untuk mendapatkan lesen kebangsaan tetapi melihat kepada jangkamasa diberikan, ia mungkin sekadar ‘mimpi di siang hari’.

“Nasi sudah menjadi bubur. Dengan kehadiran ‘malapetaka’ terbaharu buat TRW ini, kita serah kepada penyokong serta peminat tegar untuk buat penilaian mengenai masa depan Kelantan FC. Namun perlu terima hakikat dan bersedia untuk ucap selamat tinggal.

“Kepada pemilik kelab, saya tinggal dua persoalan. Adakah beliau masih mampu mengurus tadbir Kelantan FC dan masih relevankah beliau dalam arena bola sepak tanah air,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Mohd Nurul berkata pihaknya terus mendesak agar Norizam tetap mengotakan setiap janji yang telah ditaburkan kepada barisan pemain Kelantan ketika mereka menandatangani kontrak untuk bersama-sama TRW.

Katanya, pemilik kelab berpangkalan di Kota Bharu itu perlu bersikap profesional.

“Kita tidak mahu dengan perkara seperti tawar separuh bayaran atau persetujuan bersama untuk terima peratus-peratus tertentu setakat mana mampu. Kita harap semua pemain dapat bayaran penuh kerana itu hak mereka.

“Lagipun setiap pemain menandatangani kontrak yang saya rasa turut merangkumi perkara-perkara ditawarkan pihak pengurusan. Jadi mesti profesional dan tunaikan semua kandungan kontrak tersebut,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 21

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.