Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sanusi Ke SPRM – Isu Rasuah KFA
 Sanusi Ke SPRM – Isu Rasuah KFA
Semasa Sensasi

Sanusi Ke SPRM – Isu Rasuah KFA

by VOKALIS 11/01/2024 619

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya.

Beliau dipercayai memberi keterangan berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Difahamkan, Menteri Besar Kedah itu tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes Benz berwarna perak di bangunan SPRM.

Muhammad Sanusi difahamkan telah selesai memberi keterangan kira-kira tiga jam dan dilihat meninggalkan bangunan Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 11.37 pagi.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo! Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan Muhammad Sanusi hari ini.

“(Proses ambil keterangan dijangka) lebih kurang tiga jam… pukul 8.30 pagi dia (Muhammad Sanusi) sampai pejabat,” katanya.

Datuk Seri Hishamuddin Hashim

Terdahulu media melaporkan, sumber mendedahkan, siasatan membabitkan kes rasuah ini dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Kata sumber itu, berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di Kerajaan Negeri dan di persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 52

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 52

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 59

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.