Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tunggu Surat Saman – KFA Akan Bertindak
 Tunggu Surat Saman – KFA Akan Bertindak
Semasa Sensasi

Tunggu Surat Saman – KFA Akan Bertindak

by VOKALIS 12/01/2024 473

Episod kontroversi membabitkan
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berterusan dengan tindakan undang-undang daripada mereka kepada pihak tertentu.

KFA akan mengambil tindakan saman kepada pihak yang menggambarkan berlakunya kegiatan rasuah dalam persatuan itu dengan mengaitkan tuduhan terhadap Presiden serta empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).

Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, surat saman itu akan dihantar ke rumah dan pejabat pihak berkenaan dalam masa terdekat.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

“Pihak yang bersungguh-sungguh cuba menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dalam KFA dan mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu terutamanya Presiden dan kakitangan KFA, sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook (FB), hari ini.

Menteri Besar Kedah itu berkata, KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.

Katanya, tuduhan itu sengaja ditularkan demi mencapai tujuan politik pihak tertentu untuk memburukkan KFA dan pemimpin kerajaan Kedah.

Justeru pihaknya akan mendedahkan beberapa dokumen berkaitan bagi menunjukkan kebenaran yang berlaku.

“Dokumen-dokumen yang bersabit dengan penswastaan Kedah Darul Aman FC (KDAFC), permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak-pihak terbabit yang tidak diluluskan kerana tiada kelayakan, dokumen penyata beraudit yang menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan lain-lain juga akan didedahkan,” katanya.

Semalam media melaporkan Muhammad Sanusi selesai memberi keterangan selepas tiga jam berada di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 34

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 40

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 54

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.