Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. KPDN Keluar Notis – Ayam Goreng Kunyit Kayangan
 KPDN Keluar Notis – Ayam Goreng Kunyit Kayangan
Semasa

KPDN Keluar Notis – Ayam Goreng Kunyit Kayangan

by VOKALIS 16/01/2024 641

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi.

Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, pada hari ini dan peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja.

Affendi Rajini Kanth

“KPDN telah mengesan hantaran yang tular di media sosial berkenaan perkara itu yang melibatkan sebuah kedai makan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.

“Siasatan telah dijalankan di premis yang diadu, (pegawai penguatkuasaan) telah berjumpa dengan pemilik premis…pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati buku menu disediakan kepada pelanggannya.

“Memang tercatit harga RM20 untuk ayam goreng kunyit jadi dalam kes ini ada dipaparkan harga, tapi kita bagi NPMB dulu tengok pengesahan dia, peniaga perlu menunjukkan nilai atau kos dengan harga makanan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pengguna perlu sentiasa menyemak harga dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberikan hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan termasuk hidangan makanan sebelum membuat pesanan.

Sebelum ini, seorang pelanggan membuat hantaran di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 157

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 174

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 167

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.