Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Penerbit & Pengarah Mentega Terbang Didakwa – Lukakan Perasaan Agama Lain
 Penerbit & Pengarah Mentega Terbang Didakwa – Lukakan Perasaan Agama Lain
Semasa Sensasi

Penerbit & Pengarah Mentega Terbang Didakwa – Lukakan Perasaan Agama Lain

by VOKALIS 17/01/2024 234

Pengarah dan penerbit filem kontroversi Mentega Terbang hari ini dihadapkan dan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain melalui filem itu, tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga penulis skrip Mohd Khairianwar Jailani, 32, dan penerbit, Tan Meng Kheng, 37, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran orang itu dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang itu dengan berperanan sebagai seorang Pengarah dan Penulis Skrip serta Penerbit Filem bertajuk Mentega Terbang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Abd Malik Ayob dan Nor Azizah Aling menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mengenakan perintah larang suara mengenai inti pati kes ini sehingga selesai.

“Selain itu, mereka diminta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Peguam N Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh membantah jaminan ditawarkan dengan menyifatkan ia terlampau tinggi.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohd Khairianwar dibenarkan ikat jamin RM6,000, manakala Tan dijamin RM6,500 dengan masing-masing seorang penjamin selain syarat tambahan kedua-duanya melapor diri di balai polis berdekatan, sekali setiap bulan.

Pada masa sama kedua-dua tertuduh juga dilarang memberikan apa-apa kenyataan berkaitan kes.

Filem Mentega Terbang, tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 236

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.