Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Qatar Mara – Tewaskan Iran, Layak Ke Pentas Akhir Piala Asia
 Qatar Mara – Tewaskan Iran, Layak Ke Pentas Akhir Piala Asia
Sedunia Semasa Stadium

Qatar Mara – Tewaskan Iran, Layak Ke Pentas Akhir Piala Asia

by VOKALIS 08/02/2024 550

Juara bertahan, Qatar terus melangkah bergaya dengan semangat juang tinggi untuk mara ke pentas final Piala Asia buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pasukan di ranking ke-21, Iran 3-2 pada aksi separuh akhir.

Pada perlawanan di Stadium Al Thumama itu, skuad Team Melli dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendahului seawal minit keempat menerusi ledakan penyerang kelab AS Roma, Sardar Azmoun.

Tersentak dengan gol tersebut, Qatar memperkemaskan jentera serangan dan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi penyudah Jassem Gaber Abdulsallam pada minit ke-17.

Skuad tuan rumah semakin ghairah dalam usaha memburu gol kedua apabila menggandakan asakan ke kubu Iran dan kini giliran Akram Afif mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-43.

Bersambung pada separuh masa kedua, Iran dilihat tampil lebih garang dalam menguasai perlawanaan dan tekanan yang dilakukan berhasil apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-51.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh kapten, Alireza Jahanbakhsh untuk menyamakan kedudukan 2-2 ketika perlawanan masih berbaki 40 minit.

Namun, kesilapan di benteng pertahanan memakan diri apabila penyerang sensasi tuan rumah, Almoez Ali meledak gol kemenangan pada minit ke-82 untuk memastikan penyokong pelawat tergamam.

Ketika memasuki masa kecederaan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Qatar mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk meraih jaringan keempat manakala rembatan Jahanbakhsh pula sekadar menggegarkan tiang gol.

Keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat dengan Qatar bakal menentang Jordan pada aksi final yang bakal berlangsung, Sabtu ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 13

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 32

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 41

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.