Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Misi Balas Dendam Sukses – The Gunners Belasah West Ham
 Misi Balas Dendam Sukses – The Gunners Belasah West Ham
Semasa Stadium

Misi Balas Dendam Sukses – The Gunners Belasah West Ham

by VOKALIS 13/02/2024 548

Arsenal berjaya dalam misi membalas dendam mereka terhadap West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London kelmarin.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dapat merasakan sesuatu yang cukup istimewa dalam skuadnya selepas membelasah West Ham United 6-0 dalam perlawanan berkenaan.

Malah ia juga kemenangan terbesar The Gunners dalam ­saingan EPL di tempat lawan yang menyaksikan Bukayo Saka berjaya meledak dua gol, sekali gus membalas dendam terhadap kekalahan di tangan West Ham di Emirates sebelum ini.

“Selepas kemenangan ke atas Liverpool, saya merasakan pasukan ini memiliki keazaman untuk melunaskan apa yang berlaku di Emirates. Kami melakukan semuanya dalam keadaan tepat.

“Jika kami mahu berada di atas, kami perlu konsisten dan terus berada pada tahap seperti ini. Ia satu aksi yang sukar, namun kami mampu melakukannya dan sudah pasti secara kolektifnya saya gembira dengan permainan pasukan serta individu.

“Kesungguhan pemain memberikan tekanan adalah sesuatu yang bagus. Kami bermain secara mudah, memenangi setiap pe­rebutan dan kekal berikan aksi terbaik,” katanya.

Empat lagi gol Arsenal dalam perlawanan itu masing-masing dijaringkan satu oleh William Saliba, Gabriel Magalhaes, Leandro Trossard dan Declan Rice.

Sebagai rekod, dua gol Saka dalam aksi itu melengkapkan jaringannya yang ke-50 dalam semua kejohanan bersama Arsenal sejak mula membuat debut profesional pada 29 ­November 2018.

Kecemerlangan Saka menyaksikan Arsenal terus menghimpit kedudukan pendahulu EPL, ­Liverpool yang cuma berkelebihan dua mata ke atas mereka di tangga ketiga, manakala terikat 52 mata dengan Manchester City di tempat ketiga. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 15

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 32

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.