Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Darah Seni Fatima – Fazura Harap Anak Kuat
 Darah Seni Fatima – Fazura Harap Anak Kuat
Selebriti Semasa

Darah Seni Fatima – Fazura Harap Anak Kuat

by VOKALIS 14/02/2024 478

Selebriti serba boleh, Fazura berharap puterinya Fatima cukup kuat andai ditakdirkan memilih bidang seni sebagai kerjaya apabila dewasa nanti.

Dia mengakui, sudah mula menghidu dan melihat sendiri kecenderungan Fatima dalam bidang seni termasuk tidak kekok apabila berdepan dengan kamera.

“Ye memang dia nampak selesa depan kamera. Bagi saya kalau memang minatnya ke arah itu sebagai ibu bapa, saya dan Fattah akan sentiasa memberikannya panduan.

“Saya juga harap dia kuat untuk berdepan dengan realiti dunia seni, saya yakin dia kuat,” katanya kala ditemui The Vokal pada majlis pertunjukan fesyen khas Fazura sempena koleksi Fazbulous Raya 2024 baru-baru ini.

Suri hati pelakon Fattah Amin itu turut berkongsi mereka sekeluarga termasuk Fatima bakal sibuk pada Ramadan kali ini.

“Alhamdulillah, saya dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan penggambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan, kemudian kami juga dianugerahkan projek oleh satu stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh kami berdua dan Fatima.

“Saya sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon dan kehadiran Fatima di set penggambaran sangat menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan tidak kurang disiplin sebagai pelakon baharu di usia muda,” katanya.

Sementara itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin memberi jaminan koleksi Fazbulous Raya 2024 kekal menawarkan harga mampu milik kepada semua yang ingin memilikinya.

Lebih mesra disapa Faz, dia berusaha membawakan koleksi dengan kualiti terbaik dan pada masa sama memastikan harga yang dijual mampu dimiliki oleh semua yang mahukannya.

“Seperti biasa kami akan berusaha memberikan harga yang mampu milik kepada semua dan kita bersama-sama dapat meraikan hari raya nanti dengan gembira,” katanya.

Mengulas lanjut, Fazura berkata koleksi kali ini antara lainnya mengetengahkan tiga koleksi Tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna yang berinspirasikan bunga-bungaan manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden.

Tambahnya, kesemua 30 corak menarik ini akan datang menemui peminat Tudung FAZURA bersama barisan baju Kurung Kedah, Kurung Moden dan Kebaya serta Ready-to-Wear, sesuai untuk suri teladan yang anggun menawan.

Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di laman sawang rasmi fazura.com, aplikasi Fazura, ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties dan agen FAZURA dalam bulan Mac 2024. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama

by Deel Anjer 09/09/2025 148

SEORANG lelaki mengaku terkilan dan kecewa dengan tindakan sebuah sekolah yang menamatkan persekolahan anaknya

Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok

by Deel Anjer 01/09/2025 150

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan

Selebriti

‘Diserang’ lelaki gila s*ks gara-gara MV Island

by Deel Anjer 01/09/2025 135

PENYANYI popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.