Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hukuman Ustaz Budak Cium Pipi Lelaki – Kekal Hukuman
 Hukuman Ustaz Budak Cium Pipi Lelaki – Kekal Hukuman
Semasa

Hukuman Ustaz Budak Cium Pipi Lelaki – Kekal Hukuman

by VOKALIS 16/02/2024 674

Hukuman Ustaz Budak yang berdepan pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi seorang ahli perniagaan lelaki di sebuah hotel empat tahun lalu kekal.

Dia kekal menjalani hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman itu terhadapnya.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Untuk rekod, rayuan bagi kes-kes yang bermula yang bermula di Mahkamah Majistret pada dasarnya berakhir di peringkat Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, perayu boleh mengemukakan rayuan sehingga ke Mahkamah Rayuan namun perlu mendapat kebenaran panel bersidang dengan mengemukakan persoalan undang-undang.

Mengikut pertuduhan itu, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki ketika itu berusia 30 tahun dengan cara mencium pipinya di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan pukul 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 66

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 65

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 69

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.