Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Dominasi Seorang Anuar Zain – Terus Tawan Hati Peminat
 Dominasi Seorang Anuar Zain – Terus Tawan Hati Peminat
Selebriti Semasa Sohor

Dominasi Seorang Anuar Zain – Terus Tawan Hati Peminat

by VOKALIS 20/02/2024 622

Berapa kali pun sang arjuna ini tampil dengan persembahan, pemujanya takkan mungkin pernah jemu. Anuar Zain ternyata terus utuh memahat diri dalam ruang hati peminatnya yang sentiasa menyokong edisi persembahan Lelaki Ini.

Sabtu lalu bertempat di JioSpace, Petaling Jaya, Anuar sekali lagi memukau lebih 1,000 peminat menerusi Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal.

Lebih istimewa, persembahan kali ini juga bersempena dengan ulang tahun kelahiran Anuar yang ke-54 pada 15 Februari. Lantaran, momen itu satu dedikasi untuk semua peminat yang tidak jemu menyokong dan menjadi tulang belakang sepanjang empat dekad dalam radar industri seni.

“Saya dapat energi yang sangat kuat daripada anda hari ini, terima kasih banyak,” katanya.

Graf persembahan selama tiga jam juga berlalu tanpa sedar dek penangan Anuar yang mengalunkan setiap lagu nyanyiannya dengan indah serta membuai halwa telinga semua yang hadir dalam ruang dewan.

Hampir setiap kali Anuar membuka mulut, dia tidak bersendirian kerana ramai yang secara sukarela menjadi penyanyi latar dan menyanyi bersama-sama.

Seperti selalu, Anuar bijak berceloteh dan berinteraksi dengan khalayak penonton sepanjang konsert berlangsung, malah turut menyelitkan permainan meghidupkan suasana.

Kali ini juga, inhaler tidak lagi menjadi teman kepada Anuar kali ini berbanding konsert solonya pada Oktober lalu.

Tampil lebih segar dengan potongan rambut baru serta pakaian lebih santai, Anuar turut menghadiahkan patung ‘Teddy Bear’.

Persembahan bermula pada jam 3.43 petang dengan lagu pembukaan Kaulah Satunya dan Sesucinya cintamu dengan aksi bertenaga dengan 11 buah lau antaranya Permata, Cinta Harus Memiliki, Keabadiaan Cinta, Saving All My Love, Ketulusan Hati, Sedetik Lebih dan mengakhiri persembahan dengan lagu Lelaki Ini.

Seperti selalu, persembahan kali ini menambah satu lagi koleksi kenangan manis dalam resume kerjaya seni Anuar juga buat peminatnya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 25

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 57

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.