Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Trinil : Kembalikan Tubuhku – Kisah Si Hantu Penanggal Sentuhan Hanung
 Trinil : Kembalikan Tubuhku – Kisah Si Hantu Penanggal Sentuhan Hanung
Semasa

Trinil : Kembalikan Tubuhku – Kisah Si Hantu Penanggal Sentuhan Hanung

by VOKALIS 22/02/2024 380

Tidak dinafikan terdapat pelbagai versi cerita mengenai kisah seram Hantu Penanggal yang pernah didengari dan dekat dengan masyarakat Nusantara.

Lantaran, kisah hantu ini memberi ilham kepada syarikat produksi Seven Skies MoAon Sdn. Bhd. untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul Trinil: Kembalikan Tubuhku.

Menariknya, filem berkenaan diterbitkan di negara jiran, Indonesia dan lebih istimewa lagi Hanung Bramantyo yang dikenali dengan filem-filem cinta telah dipilih sebagai pengarah.

Penerbitnya, Azlin Hilda Abdul Latif berkata, ia merupakan filem sulung terbitan syarikatnya dan Indonesia dipilih kerana melihat pasaran di sana yang begitu luas.

“Saya melihat kalau terbit filem di Malaysia dan meskipun mendapat sambutan hangat, agak sukar untuk memasuki pasaran Indonesia, namun filem-filem Indonesia pula selalu mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia.

“Menerusi perancangan yang dilakukan, meskipun diterbitkan di Indonesia, saya akan tetap memasarkan filem tersebut di negara sendiri,” katanya.

Mengenai pemilihan naskhah Trinil untuk dijadikan filem, Azlin memberitahu ia adalah inspirasi daripada sebuah drama radio yang cukup popular dan viral sekitar 80-an di Indonesia.

Kongsi Azlin, apabila pihaknya mahu menerbitkan sebuah filem seram, dia melihat drama radio Trinil memang menjadi kegemaran pendengar.

Dalam pada itu, mengenai pemilihan Hanung selaku pengarah, Azlin menyatakan ia semua berlaku di luar jangkaan.

“Kali terakhir Hanung buat filem seram adalah 17 tahun lalu dan dia mahu mencabar diri dia menerusi filem ini,” katanya.

Azlin berkata, apa yang dipaparkan bukan sekadar seram semata-mata, tetapi Hanung turut menerapkan elemen drama yang juga kekuatannya apabila menghasilkan filem-filem cinta.

Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku dibintangi gadingan pelakon muda dan popular Indonesia seperti Carmela van der Kruk, Rangga NaWra, Shalom Razade, serta Wulan Guritno serta pelakon terkenal Malaysia iaitu Fattah Amin.

Bercerita tentang Fattah Amin yang dipilih sebagai satu-satunya artis Malaysia membintangi filem berkenaan, Azlin melihat kredibiliti pelakon itu sebagai faktor utama.

Mengenai penerimaan penonton filem itu sejak ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu, Azlin bersyukur kerana ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

“Kalau di Indonesia mereka mengira dari suduh jumlah penonton, berbanding di Malaysia yang menggunakan jumlah kutipan jualan tiket.

“Berdasarkan perkiraan saya dan pihak produksi, Trinil: Kembalikan Tubuhku berjaya meraih jumlah jualan tiket sebanyak RM11 juta dan sudah ada tawaran pihak dari negara Vietnam untuk ditayangkan di sana,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 264

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 418

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 279

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.