Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ibu Mengaku Campur Dadah Dalam Susu Anak – Suami Isteri Didakwa Aniaya Anak Sendiri
 Ibu Mengaku Campur Dadah Dalam Susu Anak – Suami Isteri Didakwa Aniaya Anak Sendiri
Semasa

Ibu Mengaku Campur Dadah Dalam Susu Anak – Suami Isteri Didakwa Aniaya Anak Sendiri

by VOKALIS 28/02/2024 420

Seorang ibu mengaku mencampurkan susu anaknya berusia setahun dengan dadah, manakala suaminya yang juga bapa bayi itu menafikannya.

Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki mereka dengan memberi air susu bercampur dadah merbahaya jenis Methamphetamine pada 19 Februari lalu.

Tertuduh, Nabila Huda Fadli, 34, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh manakala suaminya, Sofian Mustapa Zain, 40, mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan bersama, mereka didapati melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki berusia satu tahun empat bulan dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah merbahaya jenis Methamphetamine sehingga menyebabkan mangsa mengalami ‘allegedsympathomimetic drug ingestion’.

Kesalahan dilakukan 19 Februari lalu kira-kira jam 6 petang di Blok F, Apartment Medan Jaya, Taman Medan, Petaling Jaya.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Suami isteri itu sebelum ini ditahan selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air mengandungi dadah di sebuah flat di Taman Medan, pada 19 Februari lalu.

Bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu difahamkan dihantar kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan pada hari kejadian.

Semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal sebelum si nenek bertanyakan mengenai perkara itu kepada ibu mangsa.

Ibu mangsa kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi malang ini menggunakan air syabu milik suaminya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 276

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 425

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 288

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.