Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Yuna Makan Pisang Elak Gementar – Bakal Jayakan Festival Supalapa
 Yuna Makan Pisang Elak Gementar – Bakal Jayakan Festival Supalapa
Selebriti Semasa

Yuna Makan Pisang Elak Gementar – Bakal Jayakan Festival Supalapa

by VOKALIS 29/02/2024 502

Penyanyi Yuna mengakui masih ada rasa gementar meskipun sudah 15 tahun beraksi di pentas termasuk kini sudah berkelana hingga ke negara Uncle Sam.

Dia berkata, perasaan itu akan hadir kerana baginya setiap kali muncul di pentas juga bermakna akan ada dalam kalangan khlayak kali pertama menonton dirinya.

“Bila buat persembahan, confirm akan gementar. Saya sudah 15 tahun membuat persembahan tetapi setiap show is a different and unique show.

“Tak boleh samakan sebab bagi saya bila say perform, ada yang tak pernah tengok. Kali pertama buat mereka. Saya nak bagi a good fist impression buat mereka. Gementar kat situ.. lepas tu dah ok,” katanya kepada THE VOKAL.

Penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu turut berkongsi tip dirinya untuk mengawal rasa gementar berkenaan.

“Satu trick yg ramai artis buat sebelum show ialah warm up dan makan pisang, sebab pisang bantu untuk relakskan diri dari gementar,” katanya.

Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu turut melahirkan rasa teruja kerana bakal beraksi dalam Festival Supalapa di Resort World Awana, Genting Highlands pada 2 dan 3 Mac ini.

“Persembahan saya akan berlangsung dalam durasi sejam dan ibarat kesinambungan show Yunaverse tempoh hari. Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit jadi kita cuba untuk compresskan untuk sejam,” katanya sambil menambah akan menyampaikan lagu berjudul Forever More yang sangat bersesuai dengan mood festival.

Yuna turut berkata tidak menjadi masalah baginya berulang alik dari US ke Malaysia sejak 12 tahun lalu demi kerjaya muziknya.

“Selalunya once every three month saya balik tapi Alhamdulillah , di KL banyak event. Jadi sekarang sejak Oktober saya balik setiap bulan,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang masih menerima persembahan di Malaysia, Yuna berkata dia tidak menolak jika tawaran yang diberikan bagus untuknya.

“Kalau ada persembahan di Malaysia, kalau peluang itu bagus untuk saya, saya akan terima.

“Saya cari peluang untuk balik KL dan buat persembahan di Malaysia. Bila ada tawaran dan memadai serta bagus untuk saya, saya akan ambil,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 18

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 32

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 48

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.