Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Cef Ammar Perkenal Menu Baru – Nasi Ikan dan ‘Beef Ribs’
 Cef Ammar Perkenal Menu Baru – Nasi Ikan dan ‘Beef Ribs’
Selebriti Semasa

Cef Ammar Perkenal Menu Baru – Nasi Ikan dan ‘Beef Ribs’

by VOKALIS 09/03/2024 246

Cef Ammar Ali yang mencipta fenomena menerusi menu nasi Arab ‘lamb shank’ ‘kayangan’ setiap kali Ramadan, bakal memperkenalkan dua menu baharu.

Dua menu yang menanti orang ramai untuk berbuka puasa ialah nasi ikan dan ‘beef ribs’ yang bakal dijual pada Ramadan kali ini.

“Kali ini saya akan buka di tiga bazar Ramadan iaitu di Shah Alam manakala dua lagi di Putrajaya termasuk di Percint 3.

“Lebih menarik saya akan bawakan dua menu dan resipi baru saya iaitu nasi ikan serta beef ribs istimewa buat semua,” katanya.

Cef Ammar berkata menu itu sebagai strategi baginya setelah ramai yang turut menjual ‘lamb shank’ selepas diperkenalkan olehnya.

“Saya gembira orang ramai minat dan ikut jual lamb shank, saya juga alu-alukan untuk semua ikut resipi baru saya nanti,” katanya.

Dalam situasi pasaran semasa, dia mengakui turut berlaku kenaikan pada harga jualannya antara RM2 hingga RM3 pada kali ini.

Hal ini tidak dapat dielakkan kerana menu yang dihasilkan menggunakan bahan premium yang diimport.

“Kita import guna currency USD jadi berlaku kenaikan ketara pada kos, apapun kami kekalkan semua bahan dan rasa premium.

“Saya mahu sediakan makanan terbaik untuk orang yang mahu berbuka puasa termasuk masakan kekal menggunakan safron, beras basmathi gred tinggi dan campuran air zam zam,” katanya yang turut sudi menaja program Sempat Je Masak terbitan The Vokal.

Pada masa sama, Cef Ammar juga berkata pihaknya membuka peluang kepada mereka yang mahu menjadi ‘runner’ menjual makanan.

Katanya, mereka boleh mendapatkan dari bazar juga terus dari restoran mengikut jumlah tempahan.

“Ini cara kami kongsi rezeki, harga untuk runner pastinya lebih rendah. Kalau bawah 10 boleh beli terus kalau lebih 50 perlu tempahan awal,” katanya.

Tambah Cef Ammar menu masakannya akan terus mengekalkan tema ‘Masakan Dari Hati’ khas buat semua mereka yang berpuasa di bulan mulia. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.