Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. 10 Masjid Mesra Kanak-Kanak – JAWI Sediakan Pelbagai Kemudahan
 10 Masjid Mesra Kanak-Kanak – JAWI Sediakan Pelbagai Kemudahan
Semasa

10 Masjid Mesra Kanak-Kanak – JAWI Sediakan Pelbagai Kemudahan

by VOKALIS 15/03/2024 697

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyediakan pelbagai kemudahan mesra kanak-kanak termasuklah khidmat jagaan sementara atau ‘kids corner’ di 10 masjid di Kuala Lumpur, sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain itu, kemudahan lain yang turut disediakan adalah ruang solat kanak-kanak, sudut edutainment atau Tarbiyatul Aulad dan ruang santai keluarga.

Dalam satu hantaran di Facebook, Jawi berkata institusi masjid dan surau seharusnya menjadi tempat yang mesra dan selesa kepada kanak-kanak agar jiwa sentiasa dekat dengan pusat ibadah tersebut.

“Pada masa sama, ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil juga dapat berpeluang menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid tanpa rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan gangguan kepada jemaah yang lain,” katanya.

Ibu bapa yang membawa anak kecil boleh datang ke 10 masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan kemudahan tersebut.

Kemudahan kanak-kanak itu disediakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid At Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, dan Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.

Gambar hiasan

Kemudahan yang sama juga boleh didapati di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Menjalara Kepong dan Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang.

“Selain itu ibu bapa boleh pergi ke Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara dan Masjid Nurul Islam Kampung Desa Pahlawan.

“Bagi lokasi lain, orang ramai juga mendapatkan kemudahan kanak-kanak ini di Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak, dan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 100

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 115

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 112

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.