Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kemalangan 12 Kenderaan – Tiga Cedera
 Kemalangan 12 Kenderaan – Tiga Cedera
Semasa

Kemalangan 12 Kenderaan – Tiga Cedera

by VOKALIS 26/03/2024 542

Tiga pemandu kenderaan masing-masing
dua perempuan dan seorang lelaki mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia antara 20-an hingga 60-an yang mengalami kecederaan ringan di bahagian wajah itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk mendapatkan rawatan dalam kejadian petang semalam.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kejadian membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah treler, tiga lori dan lapan kereta di laluan menghala ke Perling.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Mercedes Benz dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20-an mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kanan.

Katanya, ia menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an yang memandu treler tidak dapat mengelak hingga merempuh kereta itu sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh 10 kenderaan yang sedang berhenti di laluan itu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis memohon saksi awam yang melihat kejadian supaya tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 46

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 51

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Gema Raya Putrajaya Gegar PICC! Festival Mega

by thevokal 20/02/2026 10

Festival raya terbesar yang pertama di puncak tertinggi Putarajaya iaitu Gema Raya Putrajaya 2026@PICC

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.