Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tauke KK Mart Dan Isteri Didakwa – Mengaku Tidak Bersalah
 Tauke KK Mart Dan Isteri Didakwa – Mengaku Tidak Bersalah
Semasa

Tauke KK Mart Dan Isteri Didakwa – Mengaku Tidak Bersalah

by VOKALIS 26/03/2024 464

Pengarah Eksekutif Kumpulan KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah, dua minggu lalu.

Chai, 57, dan Loh, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Memetik laporan Harian Metro, semua pertuduhan, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Semua tertuduh didakwa pada hari yang sama turut bersubahat melakukan kesalahan itu di mana kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatan mereka.

Kesalahan didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dua minggu lalu, sekeping gambar yang memaparkan stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah KK Super Mart Bandar Sunway selepas ia dimuat naik oleh pengguna di media sosial.

Isnin lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking berkenaan.

PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 40

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 46

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 56

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.