Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Kertas Alunan Noryn Aziz – Kelainan Suara Dan Emosi
 Kertas Alunan Noryn Aziz – Kelainan Suara Dan Emosi
Selebriti Semasa

Kertas Alunan Noryn Aziz – Kelainan Suara Dan Emosi

by VOKALIS 03/04/2024 218

Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn Aziz membuktikan selaku penyanyi beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya.

Kertas, lagu terbaharu nyanyiannya yang saat ini sedang mencuri perhatian peminat apabila menjadi runut bunyi drama bersiri Khun:sa adalah bukti nyata kemampuan seorang Noryn Aziz sebagai penyanyi wanita tanah air yang patut dibanggakan.

Karya sepenuhnya oleh komposer wanita berbakat besar, Amylea Azizan, Kertas yang dibalut dalam nuansa Pop Balada Melayu dialun dengan cukup gemersik oleh Noryn.

Ironi, Kertas adalah sebuah karya Ketuhanan yang menurut Amylea sangat sesuai dilagukan oleh Noryn.

Dan jangan terlupa, Kertas adalah karya pertama yang dialunkan Noryn dalam balutan Pop Balada Melayu.

“Kertas mencabar diri saya mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang saya takuti tidak dapat dilakukan dengan baik dan kali pertama saya menyanyikan lagu dari genre Pop Balada Melayu.

“Dari segi vokal, ia agak berlainan kerana kali ini saya mencabar vokal saya menyanyikan nada tinggi dengan teknik vokal yang berlainan. Jadi saya dapat terokai nyanyian di luar kotak,” katanya.

Tambahnya, kekuatan Kertas juga bukan hanya bergantung kepada beliau selaku penyanyi tetapi kredit perlu diberikan kepada Amylea yang tidak pernah gagal menghasilkan sebuah karya cemerlang.

Tidak cukup dengan itu, Noryn berasa bonus berganda apabila Kertas dicipta khusus oleh Amylea untuk menjadi runut bunyi Khun:sa sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat.

“Saya amat mengidamkan untuk bekerjasama dengan Amylea dan Shahrulezad. Jadi apabila tawaran dan tahu Kertas dicipta khusus untuk drama Khun:sa, saya amat berbesar hati,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Noryn menyifatkan Kertas sebagai sebuah karya yang cukup istimewa. Ia kata Noryn lagi secara umumnya bercerita tentang jeritan batin seorang manusia yang pasrah kepada Ilahi.

“Lagu Kertas adalah lagu yang meruntun jiwa dan memiliki emosi yang agak berat mengenai kesedihan dan dugaan takdir kehidupan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 239

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 392

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 259

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.