Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Dolla Tinggal Bertiga – Syasya Tarik Diri
 Dolla Tinggal Bertiga – Syasya Tarik Diri
Selebriti Semasa

Dolla Tinggal Bertiga – Syasya Tarik Diri

by VOKALIS 08/04/2024 557

Syasya kini tidak lagi bersama dengan kumpulan yang sedang meningkat naik, Dolla.

Perkara itu disahkan syarikat rakaman Universal Music Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu memaklumkan penarikan diri Syasya, 24, itu adalah atas sebab peribadi yang tidak dimaklumkan secara terperinci.

“Kami ingin mengumumkan bahawa salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.

“Walaupun berat hati untuk menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendiriannya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuknya,” katanya.

Tambahnya, tiga lagi ahli kumpulan iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan akan meneruskan perjuangan Dolla.

“Kami tetap komited untuk menyokong tiga lagi ahli kumpulan Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby dalam meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara.

“Pihak kami telah pun membuat pelbagai perancangan untuk memastikan Dolla menempa nama di persada muzik Asia Tenggara dan tetap akan meneruskan perancangan tersebut.

“Kami juga amat menghargai segala sokongan yang telah diterima Dolla selama empat tahun sejak kemunculan mereka selain berharap peminat dan pihak media akan terus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya mereka,” menurut kenyataan itu.

Dolla ditubuhkan pada April 2019 selepas Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan menerusi sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 12

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 50

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.