Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Letusan Gunung Ruang Indonesia – 35 Penerbangan Di Batalkan
 Letusan Gunung Ruang Indonesia – 35 Penerbangan Di Batalkan
Semasa

Letusan Gunung Ruang Indonesia – 35 Penerbangan Di Batalkan

by VOKALIS 18/04/2024 255

Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan yang dijadual berlepas dari atau ke Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan, hari ini, manalaka AirAsia membatalkan 16 penerbangan.

Malaysia Airlines, dalam satu kenyataan di X berkata, syarikat itu sedang berusaha untuk menyediakan penerbangan alternatif bagi penumpang terjejas sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

“Penumpang digesa mengemas kini butiran hubungan mereka melalui ‘My Booking’ di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini terkini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal kami kekal kepentingan utama kepada Malaysia Airlines,” katanya.

Sementara itu, AirAsia berkata ia membenarkan penumpang membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan.

Ia juga membenarkan penumpang terjejas untuk mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam bentuk kredit bagi perjalanan masa depan dengan syarikat penerbangan itu, untuk ditebus dalam tempoh dua tahun dari tarikh pengeluaran.

“Tetamu yang ingin membuat perubahan tempahan dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau aplikasi AirAsia Move.

Gunung Ruang di Provinsi Sulawesi Utara meletus beberapa kali pada Selasa dan Rabu.

Berikut ialah senarai penerbangan yang terjejas:

Malaysia Airlines

  • MH7420 (KUL-TWU)
  • MH7421 (TWU-KUL)
  • MH2612 (KUL-BKI)
  • MH2621 (BKI-KUL)
  • MH2710 (KUL-SDK)
  • MH2711 (SDK-KUL)
  • MH2610 (KUL-BKI)
  • MH2611 (BKI-KUL)
  • MH7404 (KUL-BKI)
  • MH7405 (BKI-KUL)
  • MH2613 (BKI-KUL)
  • MH2520 (KUL-KCH)
  • MH2513 (KCH-KUL)
  • MH2542 (KUL-KCH)
  • MH2543 (KCH-KUL)
  • MH2574 (KUL-MYY)
  • MH2575 (MYY-KUL)
  • MH2742 (KUL-BTU)
  • MH2473 (BTU-KUL)

AirAsia

  • AK5746 (KUL-TWU)
  • AK5747 (TWU-KUL)
  • AK9746 (KUL-TWU)
  • AK9747 (TWU-KUL)
  • AK5748 (KUL-TWU)
  • AK5749 (TWU-KUL)
  • AK5744 (KUL-TWU)
  • AK5745 (TWU-KUL)
  • AK6260 (BKI-TWU)
  • AK6261 (TWU-BKI)
  • AK6266 (BKI-TWU)
  • AK6267 (TWU-BKI)
  • AK6268 (BKI-TWU)
  • AK6269 (TWU-BKI)
  • AK6264 (BKI-TWU)
  • AK6265 (TWU-BKI)

Semua penumpang diharap maklum dengan situasi dan jadual perjalanan masing-masing dan berhubung dengan syarikat penerbangan berkenaan untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok

by Deel Anjer 01/09/2025 27

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan

Selebriti

‘Diserang’ lelaki gila s*ks gara-gara MV Island

by Deel Anjer 01/09/2025 21

PENYANYI popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu

Selebriti

Gara-gara Makar Fest, Issey sanggup masuk penjara

by Deel Anjer 26/08/2025 47

TEATER memainkan peranan penting dalam mengingatkan masyarakat tentang jati diri dan memupuk semangat patriotisme

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.