Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Pesona Ziana Zain – Peminat Cilik Dan 20 Buah Lagu
 Pesona Ziana Zain – Peminat Cilik Dan 20 Buah Lagu
Selebriti

Pesona Ziana Zain – Peminat Cilik Dan 20 Buah Lagu

by VOKALIS 19/04/2024 839

Mengukuh koordinat tersendiri 33 tahun dalam industri hiburan, diva Ziana Zain ternyata terus relevan termasuk menambat hati peminat cilik.

Kongsi Ziana, dia sendiri terharu apabila mengetahui ada peminat cilik berusia lapan tahun yang menggemari dirinya dan lagu nyanyiannya.

“Saya tak sangka sebab mereka daripada generasi hari ini, saya memulakan kerjaya tahun 90-an namun saya ada peminat dalam golongan muda dan juga kanak-kanak.

“Saya masih ingat pernah didatangi seorang anak muda beritahu saya, ‘aunty saya minat aunty, saya nak bergambar’.

“Saya tertawa dan pada masa sama bersyukur kerana generasi hari ini juga kenal siapa Ziana Zain, ada yang lebih muda dari anak-anak saya,” katanya kala ditemui The Vokal pada sesi khas media sempena Ziana Zain Konsert 2024.

Pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain, 56, berkata, dua lagu malar segarnya yang digemari generasi muda hari ini ialah Madah Berhelah dan Anggapan Mu.

Bercerita lanjut mengenai konsert yang bakal berlangsung pada 21 Mei depan di Mega Star Arena , Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur, Ziana memberitahu dia bakal menyampaikan 20 buah lagu penuh.

“Semua lagu pilihan Zianafolks dan saya akan nyanyikan semua lagu secara penuh bukan medley menceritakan perjalanan hidup seorang Ziana Zain.

“Zianafolks bersama saya sejak lebih tiga dekad dan mereka tahu kisah saya jadi malam nanti kita akan sing a long,” katanya.

Lantaran, Ziana juga hanya mempersembahkan dirinya secara eksklusif pada pentas konsert itu nanti tanpa artis undangan.

“Saya mahu momen saya bersama peminat saya dan semua lagu yang disampaikan lagu yang semua akan tahu dan saya janji akan berikan yang terbaik,” katanya.

Mengenai tiket konsert, sebanyak 80 peratus sudah terjual dan pelbagai aktiviti disusun menjelang konsert itu nanti termasuk Sesi Eksklusif Bersama Ziana Zain, Ahad ini dan Birthday Bash Ziana Zain pada 5 Mei depan.

“Sesi latihan juga sedang berlangsung dan Alhamdulillah berjalan lancar. Doakan saya sihat dan semua dipermudah.

“Mengenai baju dan penampilan semua itu nantikan pada malam konsert nanti,” katanya mengenai konsert tajaan CSA Academy itu.

Ziana Zain Konsert 2024 menyaksikan syarikat diasaskan Ziana, iaitu Ziana Zain Network Sdn Bhd bekerjasama dengan Anuar Zain Network, manakala Altus ProHouse dilantik sebagai pengurus konsert. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 16

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 36

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 44

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.