Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Rebel Buah Tangan Sulung Awie – Betulkan Stigma Kongsi Gelap
 Rebel Buah Tangan Sulung Awie – Betulkan Stigma Kongsi Gelap
Santai Semasa

Rebel Buah Tangan Sulung Awie – Betulkan Stigma Kongsi Gelap

by VOKALIS 22/04/2024 829

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie menampilkan filem pertamanya berjudul Rebel, berharap orang ramai tidak meletakkan stigma negatif terhadap jalan cerita filem aksi itu, sebaliknya melihat mesej tersirat yang ingin disampaikan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata ramai beranggapan Rebel mengisahkan tentang ‘kongsi gelap’, namun ia adalah filem yang mengangkat cerita realiti hidup yang dekat dengan masyarakat termasuk gelaran ayahanda yang digunakan oleh kumpulan tertentu.

“Orang selalu salah sangka ia adalah kongsi gelap akan tetapi yang disongkong duduk dikerusi ayahanda bukan sebagai kongsi gelap.

“Mereka adalah sebagai persatuan atau pertubuhan yang menjalani pimpinan islamik sebenarnya, namun ada diantara mereka membawa kepada jalan yang tidak betul.

“Kalau duduk berantai dimana terdapat ahli yang ramai…bagaimana nak jadi kongsi gelap sudah pasti akan kantoi,” katanya dalam sidang media selepas prebiu filem itu.

Awie juga turut berkongsi bahawa terdapat beberapa babak dalam filemnya diambil daripada inspirasi filem dari luar negara dan diterapkan dalam Rebel.

Ditanya mengenai watak kanak-kanak dalam filem berkenaan, Awie mendedahkan dia memberi peluang kepada anaknya menonjolkan bakat dengan membawa watak Luka.

“Anak saya belajar disekolah seni, jadi saya memberi peluang dan cuba menonjolkan lagi bakatnya sekiranya ada.

“Untuk permulaan ini Alhamdulillah lakonannya nampak baik,”katanya.

Filem Rebel mengangkat kisah mengenai perjalanan hidup seorang pemuda bernama Luka yang hidup dalam persekitaran ‘gelap’ dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran, dadah dan gengsterism.

Rebel menampilkan penyanyi popular MK K-Clique dan Ben Amir selaku teraju utama. ⁠- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 170

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.