Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kuah Gulai Ayam Goreng – Punca 20 Pelajar Keracunan Makanan
 Kuah Gulai Ayam Goreng – Punca 20 Pelajar Keracunan Makanan
Semasa

Kuah Gulai Ayam Goreng – Punca 20 Pelajar Keracunan Makanan

by VOKALIS 22/04/2024 662

Kira-kira 20 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Kota Bharu menerima rawatan selepas disyaki terkena keracunan makanan.

Individu yang enggan namanya didedahkan berkata, pelajar yang berusia antara 13 hingga 17 tahun itu terkena keracunan makanan selepas dipercayai menikmati nasi bungkus bersama kuah gulai dan ayam goreng.

Katanya, anak saudaranya juga menjadi salah seorang mangsa keracunan makanan dan menerima rawatan di sebuah klinik.

“Pelajar sekolah ini menyertai kursus di sekolah dan mereka disediakan makanan bungkus. Selepas makan nasi bersama kuah gulai dan ayam goreng pada Sabtu lalu (kelmarin) mereka disyaki terkena keracunan makanan.

“Anak saudara saya memaklumkan dia terkena keracunan makanan sejak semalam, namun masih terkawal, tetapi hari ini menjadi makin teruk dan terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Menurutnya, dia berharap kesemua pelajar tidak terkena gejala yang teruk dan semoga mereka cepat sembuh.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kes itu.

“Ya (kes keracunan makanan). Kes ini masih dalam siasatan,” katanya.- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 170

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.