Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Saya Memang Sudah Jumpa Sarah – Bella Astilah Syukur Kebenaran Makin Teserlah
 Saya Memang Sudah Jumpa Sarah – Bella Astilah Syukur Kebenaran Makin Teserlah
Selebriti Sensasi

Saya Memang Sudah Jumpa Sarah – Bella Astilah Syukur Kebenaran Makin Teserlah

by VOKALIS 24/04/2024 666

Pelakon Bella Astilah mengakui pernah berjumpa dengan wanita yang mengakui kekasih terbaharu kepada suaminya Aliff Aziz.

Dia berkata pernah berjumpa dengan wanita berkenaan yang menceritakan dan mengakui menjalin hubungan cinta dengan Aliff.

“Saya memang ada bertemu dengan Sarah dan dia mengakui serta meminta maaf kepada saya,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music di sini.

Tambah Bella, dia juga bersyukur kerana kebenaran mengenai kemelut rumah tangganya semakin teserlah dan terbuka.

“Inilah kemanisan bila kita bersabar dan kebenara semakin jelas serta terbongkar.

“Saya mahu semua ini berakhir dengan segara dan semua bukti dan pendedahan ini menjadi bukti di mahkamah,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak menolak dakwaan yang mengatakan ada komplot untuk menjatuhkan dirinya.

Bella juga mengaitkan nama pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat dengan suaminya mengenai cubaan itu.

“Kalau kita tengok bukti teks WhatsApp yang didedahkan Sarah juga jelas mengenai perancangan yang dibuat.

“Malah nama Ruhainies juga turut disebut dalam teks berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali dengan nama Sarah Yasmine mengakui kekasih kepada Aliff dan mengetahui segala perancangan mengenai kemelut rumah tangga pasangan pelakon itu.

Malah dalam perkongsian di laman Instagram milik wanita itu turut memuat naik video dia dicium Aliff. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 23

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 42

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 68

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.