Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. KFC Tutup Sementara Beberapa Cawangan – Keadaan Ekonomi Mencabar
 KFC Tutup Sementara Beberapa Cawangan – Keadaan Ekonomi Mencabar
Semasa

KFC Tutup Sementara Beberapa Cawangan – Keadaan Ekonomi Mencabar

by VOKALIS 30/04/2024 316

Pemegang francais KFC Malaysia, QSR Brands (M) Holdings mengakui telah menutup cawangan rangkaian makanan segera itu buat sementara waktu dan memindahkan pekerja yang terjejas ke tempat lain.

Dalam satu kenyataan, QSR berkata, tindakan yang diambil itu adalah langkah proaktif sebagai tindak balas kepada keadaan ekonomi mencabar dan sebagai cara untuk menguruskan peningkatan kos perniagaan, selain memberi tumpuan kepada zon perdagangan tinggi.

“Pekerja dari cawangan yang terjejas telah ditawarkan peluang untuk berpindah ke kedai yang beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perdagangan dengan penglibatan pelanggan yang lebih tinggi.

“Menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia, memelihara kecintaan jenama terhadap KFC dan melindungi pekerja jenama itu semuanya menjadi keutamaan kepada organisasi,” katanya.

QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata, KFC Malaysia telah menyumbang secara positif terhadap ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 orang di Malaysia dengan kra-kira 85 peratus adalah petugas Muslim.

QSR Brands juga menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

“Kami amat percaya rakyat kami akan mengiktiraf kehadiran kami, keikhlasan kami dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem Malaysia,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.