Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Cipta Sejarah Juara Double – Malaysia Menang Berganda
 Cipta Sejarah Juara Double – Malaysia Menang Berganda
Semasa Stadium

Cipta Sejarah Juara Double – Malaysia Menang Berganda

by VOKALIS 23/05/2024 694

Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara acara double menewaskan Thailand 2-0 di final Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi di Stadium Titiwangsa.

Ia adalah kemenangan sangat manis kerana gergasi sepak takraw, Thailand tewas 16-17, 13-15 di tangan skuad negara yang disaksikan oleh ribuan penyokong di stadium malam ini.

Gandingan Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Zawawi membuktikan mereka bukan calang-calang pemain dan menjinakkan pasangan Thailand, Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut.

Kemenangan straight set itu meletakkan nama Malaysia sebaris dalam senarai juara Piala Dunia.

Lebih bermakna Malaysia mencipta kemenangan berganda apabila menamatkan badi ke atas Thailand untuk muncul juara acara regu selepas mencatatkan kemenangan 2-0 di final Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini, trio negara yang ketuai oleh Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) mempamerkan prestasi luar biasa dan bermain dengan begitu cemerlang tanpa banyak melakukan kesilapan untuk menang straight set 15-7, 15-12.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menang dalam acara adalah sembilan tahun lalu di Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) musim 2014-2015. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 21

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.