Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kes Zayn Rayyan : Datuk Dan Nenek Ditahan
 Kes Zayn Rayyan : Datuk Dan Nenek Ditahan
Semasa

Kes Zayn Rayyan : Datuk Dan Nenek Ditahan

by The Vokal 12/06/2024 394

Episod kes pembunuhan kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin semakin mendebarkan apabila Datuk dan nenek mangsa  ditahan polis petang ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi.

Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn dan  ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.

Terdahulu media melaporkan, Ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin hanya memberi keterangan dan tidak membuat sebarang pengakuan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Peguam mewakili ibu kanak-kanak itu, Mahmud Jumaat berkata, prosiding hari ini adalah permohonan polis untuk merekod pengakuan bersalah Orang Yang Disyaki (OYDS) mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah kedua-dua peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu.

Beliau berkata, anak guam juga tidak membuat sebarang pengakuan dan perkara itu direkodkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Ibu bapa Zayn pula kini masih dalam tahanan reman yang akan tamat esok.

Keputusan sama ada mereka dituduh atau bebas dijangka ditentukan esok. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 242

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 396

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 263

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.