Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Syed Saddiq Lari 200km Bermula Pagi Esok Secara LIVE
 Syed Saddiq Lari 200km Bermula Pagi Esok Secara LIVE
Semasa

Syed Saddiq Lari 200km Bermula Pagi Esok Secara LIVE

by The Vokal 27/06/2024 769

KUALA LUMPUR: Sebagai tanda protes terhadap peruntukan pembangkang, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk mengumpul dana dengan melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen.

    Menurut Ahli Parlimen Muar itu, ‘Langkah Muar’ itu akan bermula dari Jambatan Muar pada jam 6.30 pagi esok dan dijangka menamatkan larian pada Isnin ini, dengan sasaran untuk mengumpul dana sebanyak RM100,000.

    “Dana ini akan dibahagikan untuk tiga perkara. Pertama adalah membiayai pembukaan pusat khidmat rakyat Parlimen Muar dan gaji-gaji staf. Kedua, pembeli bakul makanan dan ketiga membeli tablet atau laptop.

    “Dalam bakul makanan itu bukan hanya barangan asas. Kami ada sertakan juga sebagai contoh golongan veteran, mereka bukan nak makanan tetapi lampin pakai buang atau susu formula.

    “Selain meraih dana, (larian ini) untuk menghantar isyarat jelas mewakili rakyat Muar dan Malaysia supaya kita dapat meminda akta atau adakan akta baharu agar semua kawasan Parlimen, tak kira kerajaan atau pembangkang dapat diberikan peruntukan yang adil,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

    Jelas Syed Saddiq, larian tersebut juga akan disiarkan secara langsung di sosial medianya bagi memastikan ketelusan.

    “Kita akan pecahkan kepada beberapa jalan, dan larian sejauh 200km ini bukan tanpa henti. Tetapi sasarannya setiap hari saya perlu tamatkan satu ‘ultramarathon’ iaitu melebihi 52km.

    “Sasaran larian setiap hari sekurang-kurangnya 65km bermula pagi esok,” tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

    Mengulas mengenai rundingan peruntukan pembangkang, Syed Saddiq berkata sehingga kini beliau telah melakukan tiga proses rundingan namun kesemuanya belum mendapat sebarang maklum balas.

    Pada rundingan pertama, beliau telah menyatakan kesediaan untuk menandatangani memorandum bagi mencapai kestabilan politik.

    “Saya tiada masalah untuk ada kestabilan kerana ini adalah kehendak rakyat Malaysia. Tetapi pada masa sama tidak menidakkan peranan pembangkang, iaitu semak dan imbang,” katanya.

    Sumber: Astro Awani

    Share This:

    Previous post
    Next post

    The Vokal (Website)

    administrator

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    No comments to show.

    Categories

    • Santai
    • Sebaris
    • Sedunia
    • Selebriti
    • Semasa
    • Sembur
    • Sensasi
    • Serantau
    • Sohor
    • Stadium
    RELATED Stories for you
    Santai Selebriti

    Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

    by thevokal 11/11/2025 30

    PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

    Selebriti

    Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

    by thevokal 06/11/2025 44

    BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

    Selebriti

    FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

    by thevokal 01/11/2025 60

    Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

    THE VOKAL THE VOKAL
    About
    © Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.