Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Elak Pelancong Berkelakuan Biadap – Bali Naikkan Cukai Pelancongan Sekitar USD50
 Elak Pelancong Berkelakuan Biadap – Bali Naikkan Cukai Pelancongan Sekitar USD50
Sedunia Semasa Serantau

Elak Pelancong Berkelakuan Biadap – Bali Naikkan Cukai Pelancongan Sekitar USD50

by The Vokal 01/07/2024 254

KUTA: Majlis Perundangan Wilayah Bali syorkan kenaikan cukai pelancongan daripada 150,000 rupiah (RM42) kepada sekitar AS$50 ((RM237) dalam usaha mencegah pelancong yang berkelakuan biadap.

Kompas, yang memetik Ketua Majlis itu, Kresna Budi, melaporkan ia adalah langkah terbaharu pulau peranginan popular Indonesia itu, susulan peningkat pelancong bersikap tidak senonoh sehingga mengganggu penduduk tempatan.

“Saya rasa cukai 150,000 rupiah terlalu rendah, jadi Bali kelihatan seperti destinasi pelancongan yang murah.

“Kenapa Bali perlu dijual murah?” katanya sambil memberi contoh bahawa rakyat Indonesia perlu membayar jutaan rupiah untuk mendapatkan visa apabila melawat Britain.

Tambah beliau, mereka yang melawat Bali harus ‘berkualiti lebih tinggi’ dan bukannya mereka yang dengan berani melanggar undang-undang tempatan serta tidak menghormati norma atau budaya tempatan.

“Ada masalah ini kerana biasanya mereka yang bertindak sedemikian adalah anggota lapisan bawah (pelancong berbajet rendah),” katanya, yang dipetik The Bali Sun.

Justeru, Kresna mencadangkan bahawa sebahagian daripada cukai yang dikutip boleh digunakan untuk menubuhkan unit polis pelancongan untuk menangani isu pelancongan secara khusus.

Cadangan itu kini sedang dipertimbangkan oleh pemangku gabenor Bali.

Kresna juga berkata, beliau berharap pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali dapat mengutip cukai dengan lebih cekap, sambil menambah bahawa peratusan cukai yang dikutip boleh diperuntukkan kepada pihak imigresen dan lapangan terbang.

Sejak pelaksanaan cukai pelancong 150,000 rupiah pada 14 Februari, hanya 40 peratus daripada anggaran 2.2 juta pengunjung masuk ke Bali yang telah membayar, menurut agensi pelancongan pulau itu.

Rancangan untuk memasang pengimbas automatik di lapangan terbang gagal kerana kekangan ruang, kata ketua pelancongan Bali, Tjok Bagus Pemayun.

Beliau berkata, ramai warga asing boleh mengelak pembayaran cukai dengan memasuki Bali dari pintu ketibaan domestik lapangan terbang, kerana penguatkuasaan di bahagian ketibaan antarabangsa lebih ketat.

Dana daripada cukai pelancongan itu bertujuan untuk disalurkan ke arah penambahbaikan sektor pendidikan dan kesihatan pulau itu.

Bali mengalu-alukan 5.24 juta pelawat asing, atau 45 peratus daripada keseluruhan pelawat asing ke Indonesia, pada 2023.

Sumber: Berita Harian

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 245

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 404

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 267

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.