THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Bapa Meninggal Dunia – Azharina Azhar Bergegas Pulang Dari Padang, Indonesia
 Bapa Meninggal Dunia – Azharina Azhar Bergegas Pulang Dari Padang, Indonesia
Selebriti Semasa

Bapa Meninggal Dunia – Azharina Azhar Bergegas Pulang Dari Padang, Indonesia

by VOKALIS 18/07/2024 159

Bapa kepa penyanyi Azharina Azhar, Azhar M.Y Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 1.59 petang tadi di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Azharina yang berada di Padang, Indonesia berkata, dia dimaklumkan oleh adiknya mengenai khabar duka itu.

“Saya akan menaiki penerbangan jam 5.30 petang ke Kuala Lumpur sebelum terus mengambil pesawat ke Kota Kinabalu dan dijangka sampai jam 9 malam lebih.

“Saya sudah minta keluarga uruskan pengebumian abah dengan segera dan saya reda dengan ketentuan ini.

“Doakan saya kuat dan saya yakin abah bersama dengan kekasih Allah,” katanya kepada GayahIsTyping.

Penyanyi lagu Elegi Sepi itu turut berkongsi berita sedih itu melalui media sosial miliknya.

Difahamkan, arwah bapanya mempunyai masalah penyakit jantung dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.

Azharina berlepas ke Padang semalam menemani bapa saudaranya untuk satu urusan.

Al Fatihah buat bapa kepada Azharina dan didoakan arwah berada dalam golongan kekasih Allah. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Akui Hidap Kanser – Azharina Pilih Terus

by VOKALIS 26/06/2024 215

Meskipun mengakui dirinya didiagnos menghidapi penyakit kanser, penyanyi Azharina Azhar memilih untuk terus positif

Selebriti Semasa Sensasi

Video Nyanyi La Bamba Tular, Azharina Mahu

by VOKALIS 05/12/2023 255

Pemilik vokal lantang, Azharina Azhar tegaskan tidak akan beri muka kepada individu yang cuba

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.