THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Video Nyanyi La Bamba Tular, Azharina Mahu Seret Penyebar Ke Mahkamah – “Saya Ada Bukti, Tunggu!”
 Video Nyanyi La Bamba Tular, Azharina Mahu Seret Penyebar Ke Mahkamah – “Saya Ada Bukti, Tunggu!”
Selebriti Semasa Sensasi

Video Nyanyi La Bamba Tular, Azharina Mahu Seret Penyebar Ke Mahkamah – “Saya Ada Bukti, Tunggu!”

by VOKALIS 05/12/2023 257

Pemilik vokal lantang, Azharina Azhar tegaskan tidak akan beri muka kepada individu yang cuba merosakkan reputasinya ekoran penyebaran klip video nyanyiannya menyampaikan lagu La Bamba di perkarangan pusat beli-belah Sogo.

Tambahnya, tindakan undang-undang juga sedang dipertimbangkan, seandainya individu terbabit masih lagi melakukan perlakuan sama (mencalar imej).

Menurut Azharina, pihaknya juga telah berbincang dengan peguam yang telah dilantik sekitar minggu lalu mengenai isu ini.

“Saya tanya pendapat peguam mengenai hal ini. Semua bukti-bukti sudah pun saya kumpul termasuk komen-komen netizen.

Tak sekarang ni, apa tujuan tularkan video ni? Lainlah kalau Nina dapat no. 1!#alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #azharina #asgv #gv10 #allstars #gegarvaganza pic.twitter.com/ZUXtD7ltAs

— ALE-ALE (@alealedr_com) December 3, 2023

“Kalau dia tetap teruskan niatnya mahu memburuk-burukkan saya, semestinya saya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan lebih keras,” katanya.

Azharina berkata demikian semasa ditemui selepas tamatnya siaran langsung konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad.

Mengulas dakwaan menipu kerana menafikan kenyataan Datuk Ramli MS yang menganggarkannya pernah mempersembahkan lagu La Bamba, Azharina sekali lagi menekankan, dia tiada niat berbohong.

Ini kerana jelas Azharina, pengalaman menyanyi bersama busker seperti dilihat dalam video tular terbabit telah berlaku lama dahulu, kira-kira tujuh tahun lepas. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Bapa Meninggal Dunia – Azharina Azhar Bergegas

by VOKALIS 18/07/2024 162

Bapa kepa penyanyi Azharina Azhar, Azhar M.Y Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 1.59 petang

Selebriti Semasa

Akui Hidap Kanser – Azharina Pilih Terus

by VOKALIS 26/06/2024 216

Meskipun mengakui dirinya didiagnos menghidapi penyakit kanser, penyanyi Azharina Azhar memilih untuk terus positif

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.