Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Kamu Pendakwah…” – Hakim Sifatkan Tindakan Rogol Tak Diterima Akal
 “Kamu Pendakwah…” – Hakim Sifatkan Tindakan Rogol Tak Diterima Akal
Selebriti Semasa Sensasi

“Kamu Pendakwah…” – Hakim Sifatkan Tindakan Rogol Tak Diterima Akal

by VOKALIS 30/08/2024 200

Sebagai seorang pendakwah, kesalahan rogol yang dilakukan oleh selebriti, Da’i Syed disifatkan tidak dapat diterima akal secara munasabah kerana mempergunakan mangsa yang lemah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norazlin Othman berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, lima tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Norazlin dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam masyarakat sebagai seorang pendakwah selebriti yang memberi impak besar kepada orang awam terutama masyarakat Islam di negara ini, anak-anak muda dan penuntut universiti.

“Mahkamah mengambil kira peranan yang sering dimainkan oleh tertuduh dalam memberikan ceramah agama dan motivasi.

“Mahkamah juga mempertimbangkan kesan trauma kepada mangsa kerana membabitkan wanita dan kehormatan.

“Pastinya mangsa mengalami trauma kerana perlu kumpulkan kekuatan untuk tampil membuat laporan dan melalui setiap proses perundangan yang panjang dan bukan mudah, kejadian ini akan terus berada dalam ingatan mangsa hingga akhir hayat,” katanya.

Norazlin berkata, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan itu.

“Pembelaan tertuduh bersifat penafian dan tidak cukup mematahkan kes pendakwaan bahawa kejadian rogol sememangnya berlaku.

“Pihak pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh adalah orang yang mula-mula mengajak mangsa keluar dan membawa pergi ke rumahnya.

“Selain itu, mangsa yang lemah dan lurus bendul dibuktikan tidak boleh membuat keputusan serta melawan tertuduh ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, mahkamah turut mengambil kira faktor peranan tertuduh sebagai penceramah dan pakar motivasi yang memberi impak besar kepada masyarakat terutama golongan muda.

“Kes ini membabitkan mangsa yang juga masih muda dan kesan trauma itu akan terus berada dalam ingatannya sehingga akhir hayat.

“Justeru, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bukan saja pengajaran kepada tertuduh malah bagi orang awam lain secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kekerapan kes rogol yang semakin berleluasa.

“Kredibiliti tertuduh yang mempunyai latar belakang agama dipandang tinggi namun dia menggunakan kedudukan itu untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa.

“Saya memohon hukuman penjara tertuduh sekurang-kurangnya selama 12 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memohon pelaksanaan penangguhan hukuman kerana anak guamnya itu sudah berkahwin dan baru saja menimang cahaya mata baru berusia 16 hari.

“Ini kesalahan pertama tertuduh, justeru saya memohon penangguhan hukuman dan akan memfailkan rayuan. Jika tertuduh berada dalam penjara, ia menimbulkan kesan signifikan,” katanya.

Norazlin bagaimanapun menolak permohonan penangguhan itu kerana tiada keadaan khas untuk mempertimbangkan perkara berkenaan dan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Syed Shah Iqmal didakwa merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 pagi, 11 September 2019. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Pendakwah Firdaus Wong Beritahu Mahkamah, PU Azman

by VOKALIS 27/07/2023 263

SEREMBAN – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes

Semasa Sensasi

“Tak Percaya Ustaz Akan Lakukan Perbuatan Itu”

by VOKALIS 24/07/2023 281

Bapa kepada seorang mangsa gangguan seksual Pencetus Ummah (PU) Azman memaklumkan kepada pihak Mahkamah

Selebriti Semasa

Pertuduhan Lakukan Komunikasi Seksual Terhadap Dua Remaja

by VOKALIS 24/07/2023 473

KUALA LUMPUR – Pertuduhan melakukan komunikasi seksual dengan dua orang remaja bawah umur menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.