Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Album Made In UK – Amir Masdi Muncul Dengan AM:PM
 Album Made In UK – Amir Masdi Muncul Dengan AM:PM
Selebriti

Album Made In UK – Amir Masdi Muncul Dengan AM:PM

by VOKALIS 21/10/2024 303

Penyanyi berbakat besar,  Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.

Dengan judul unik AM:PM, album ini merangkumi pelbagai emosi dan pengalaman hidup Amir Masdi.

Menerusi album ‘AM:PM’ ini juga, Amir bukan sahaja mempersembahkan vokal mantapnya tetapi juga memperlihatkan kemampuannya sebagai pencipta lagu dan penerbit bersama penerbit terkemuka, Edry Abdul Halim.

Amir, 28, atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi berkata album ini sebuah naskah yang sangat istimewa kerana diberi peluang untuk menulis lagu daripada ‘zero’ sehingga ia diterbitkan.

Oplus_131072

Menurutnya, kesemua lagu dalam album ini mula ditulis bersama komposer ternama, Edry Abdul Halim yang turut bertindak selaku penerbit pada November tahun lalu yang mana fasa satu membabitkan konsep, hala tuju dan apakah jenis lagu yang ingin ditulis.

“Pada Februari tahun ini, saya dan pasukan menggunakan duit yang kami kumpul hasil daripada persembahan yang saya buat selama ini untuk bergerak ke fasa seterusnya. Kemudian, pada bulan Mac kami terbang ke Manchester, United Kingdom untuk merealisasikan dan mengejar impian untuk terbitkan album kedua yang dirakam di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester.

“Sepanjang 18 hari berada di sana, kami tulis kesemua 12 lagu selain merakamkan vokal dan video muzik. Jadi, perjalanan untuk menghasilkan album ini sangat istimewa buat saya selain memberikan inspirasi buat saya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan nama album, Amir berkata ia menggabungkan namanya Amir Masdi (AM) dan Projek Manchester (PM).Album ini memampilkan lagu-lagu “Luar Kotak”, “Calar”, “Take Me Home”, “Langit Biru”, “Bakal Kekasih” dan “Nur Cinta”.

Menariknya, promosi album ini sudah dimulakan lebih awal apabila poster album ini dipaparkan di papan iklan gergasi atau Billboard di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Kelana Jaya dan Bukit Bintang sebulan sebelum album dipasarkan.

Selain dalam bentuk fizikal, album ini boleh distrim di semua platform penstriman muzik utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.Album yang diterbitkan oleh AR United Music, syarikat rakaman milik Amir sendiri dan diedarkan oleh Nova Music. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Selepas Tujuh Tahun Jadi Penyanyi, Akhirnya Amir

by VOKALIS 19/07/2023 407

KUALA LUMPUR – Usai tujuh tahun bertapak dalam arena seni muzik tempatan, Amir Masdi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.