THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Selepas Tujuh Tahun Jadi Penyanyi, Akhirnya Amir Masdi Lancar Album Sulung – “Inilah Impian Saya!”
 Selepas Tujuh Tahun Jadi Penyanyi, Akhirnya Amir Masdi Lancar Album Sulung – “Inilah Impian Saya!”
Selebriti Semasa

Selepas Tujuh Tahun Jadi Penyanyi, Akhirnya Amir Masdi Lancar Album Sulung – “Inilah Impian Saya!”

by VOKALIS 19/07/2023 378

KUALA LUMPUR – Usai tujuh tahun bertapak dalam arena seni muzik tempatan, Amir Masdi akhirnya berjaya menunaikan impiannya untuk memiliki album.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 27, tampil dengan album sulung yang diberi judul sempena namanya sendiri dan memuatkan sebanyak 12 lagu kesemuanya.

Amir ketika majlis pelancaran album sulungnya yang berjudul AMIR MASDI baru-baru ini.

“Lagu-lagu dimuatkan dalam album ini termasuk yang pernah dikeluarkan serta karya-karya baharu hasil nukilan saya bersama beberapa penulis lirik dan komposer lain.

“Sebenarnya, perancangan untuk menghasilkan album ini sudah lama dan ia merupakan impian saya sejak sekian lama.

Barisan peminat setia Amir turut hadir memeriahkan dan memberi sokongan atas kejayaan Amir mengeluarkan album.

“Bagi saya, tidak lengkap sekiranya seseorang itu tiada album yang menjadi satu kekuatan buat penyanyi di mata umum,” katanya.

Lebih menarik, Amir turut mencabar diri dengan melawan arus semasa apabila mengeluarkan album berkenaan dalam bentuk fizikal, selain dilancarkan di semua platform digital.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

“Saya yakin pasti akan ada golongan peminat yang mahukan sesuatu karya yang boleh dipegang dan menjadi koleksi peribadi.

AMIR MASDI

“Bukan itu sahaja, album fizikal juga mempunyai nilai sentimental tersendiri berbanding versi digital,” katanya menyuarakan pandangan.

Amir menambah, sebagai seorang penyanyi, dia mahu meninggalkan satu legasi, bukannya mengejar populariti atau mengaut keuntungan semata-mata. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Album Made In UK – Amir Masdi

by VOKALIS 21/10/2024 239

Penyanyi berbakat besar,  Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.