Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama pula diberhentikan!
 Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama pula diberhentikan!
Semasa

Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama pula diberhentikan!

by Deel Anjer 09/09/2025 464

SEORANG lelaki mengaku terkilan dan kecewa dengan tindakan sebuah sekolah yang menamatkan persekolahan anaknya selepas menjadi mangsa buli rakan-rakan sekelas.

Anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah agama swasta di Teluk Panglima Garang, Klang, Selangor itu dikhabarkan ditamatkan persekolahan selepas dipercayai menjadi mangsa buli.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan serius sehingga mangsa perlu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Shah Alam dan menjalani rawatan kecemasan bagi merawat pendarahan dalaman, menurut keluarga mangsa.

Insiden buli tersebut dikatakan berlaku di dalam kelas, di mana mangsa didakwa ditendang berulang kali oleh rakan sekelasnya sehingga menyebabkan mangsa mengalami pendarahan di bahagian sulit.

Menurut keluarga mangsa lagi, mereka telah menuntut penjelasan dan keadilan daripada pihak sekolah dan keluarga pelaku.

Namun, susulan tuntutan tersebut, pihak sekolah didakwa mengambil tindakan menggantung dan seterusnya menamatkan persekolahan mangsa.

Sementara itu, pelaku yang terlibat difahamkan masih bersekolah di institusi sama. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar lain.

Keluarga mangsa menyeru agar pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi memastikan keadilan mangsa dapat ditegakkan, selain memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat untuk semua pelajar.

Keluarga mangsa juga dikatakan dalam perbincangan dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sumber & foto : THE VOCKET

 

Share This:

Previous post
Next post

Deel Anjer

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 12

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 27

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 61

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.