Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026
 Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026

by thevokal 30/09/2025 673

BIDUANITA Negara dan ikon muzik Asia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan perjalanan seninya selama tiga dekad menerusi konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Konsert berskala besar itu menjadi kemuncak sambutan 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, sekali gus menandakan dedikasi, cinta serta keikhlasan terhadap muzik tempatan dan antarabangsa.

Bagaimanapun, penganjuran konsert tersebut bukan untuk memecahkan rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004.

“Dengan kapasiti kira-kira 60,000 penonton, Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai lokasi terbaik untuk menghimpunkan para peminat dan pencinta seni dari seluruh negara dan rantau Asia.

“Penganjur konsert, SN Legacy Sdn. Bhd menegaskan bahawa penganjuran di stadium ikonik ini bukan bertujuan untuk memecah rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004 sebaliknya sebagai satu perancangan yang teliti bagi memberi pengalaman konsert yang selesa, epik dan penuh makna kepada semua peminat.

“Legacy 30 bukan sekadar konsert tetapi sebuah simbol perjalanan, pengorbanan dan kejayaan seni saya sepanjang 30 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Konsert Legacy 30 dibawakan khas oleh Cuckoo dan pengatur utama AFFIN Bank. Pra-jualan eksklusif untuk pemegang Kad Debit dan Kad Kredit AFFIN akan dibuka pada 1 Oktober 2025 jam 12 tengah hari hingga 3 Oktober 2025 jam 12 tengah hari.

Manakala, jualan tiket umum bermula pada 3 Oktober 2025 jam 3 petang menerusi laman rasmi www.ticket2u.com, dengan harga bermula RM69 hingga RM1,599 mengikut kategori tempat duduk.

Konsert Legacy 30 bukan sahaja menjadi persembahan bersejarah Siti Nurhaliza dalam dekad ini tetapi juga manifestasi rasa syukur dan cintanya kepada peminat yang telah menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan kariernya. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.